Cerita Auto

MINI Countryman Plug-in Hybrid Dilancarkan di Malaysia

MINI Malaysia hari ini memperkenalkan Countryman Plug-In Hybrid terbaharu. Ia boleh didapati di kesemua pengedar sah jenama itu di seluruh negara mulai 6 April 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kombinasi warna badan dan bumbung yang ditawarkan untuk model ini adalah merah (Chili Red), hijau (British Racing Green), kelabu (Thunder Grey), putih (Light White), warna perak (Melting Silver) dengan bumbung hitam; dan warna biru (Island Blue) yang dipadankan dengan bumbung putih.

New MINI Countryman Plug-In Hybrid (6)

Countryman Plug-in Hybrid menampilkan gabungan enjin 1.5-liter tiga silinder yang memacu gandar hadapan dan motor elektrik yang menggerakkan gandar belakang. Dengan 224 hp dan 385 Nm, ia boleh memecut dari 0-100 km/j dalam 6.8 saat dengan kelajuan maksimum 198 km/j.

New MINI Countryman Plug-In Hybrid (11)

Model ini juga boleh dipandu dengan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 40 km dengan kelajuan maksimum 120 km/j. Ia dikatakan mempunyai tahap penggunaan bahan api yang rendah iaitu 2.1 liter bagi setiap 100 km.

New MINI Countryman Plug-In Hybrid (9)

Seperti model plug-in hybrid keluaran BMW, Countryman Plug-in Hybrid dilengkapi dengan tiga mod pemanduan iaitu Auto eDrive, Max eDrive dan Save Battery. Ia juga didatangkan dengan sistem pacuan semua roda ALL4 dengan Dynamic Stability Control yang ditugaskan untuk membahagikan daya tujahan enjin kepada kedua-dua gandar.

New MINI Countryman Plug-In Hybrid (10)

Ia boleh dicaj semula di rumah dengan soket kuasa yang disambung menggunakan Home Charging Cable dalam masa lebih kurang 5 jam (230V) bergantung kepada voltan elektrik grid kuasa kediaman tersebut; ataupun di salah satu daripada 270 fasiliti stesen mengecas awam yang terdapat di seluruh Malaysia untuk kira-kira 3:15 jam (230V), juga bergantung kepada voltan elektrik grid kuasa yang terletak di stesen tersebut.

New MINI Countryman Plug-In Hybrid (15)

Untuk menghargai pemilik-pemilik model terbaharu ini, MINI Malaysia turut memperkenalkan pakej ChargeNow bersertakan MINI Public Charging Cables. Semua ini didatangi dengan 1 tahun langganan percuma untuk pengecasan tanpa had di mana-mana 270 stesen ChargeEV.

 

Previous post

Honda Malaysia Panggil Semula 23,899 Unit Kenderaan

Next post

MINI Cooper S Countryman Sports CKD - RM245,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *