Cerita Auto

MINI Cooper S Countryman Sports CKD – RM245,888

Selain daripada Countryman Plug-in Hybrid, MINI Malaysia turut memperkenalkan model Cooper S Countryman Sports yang dipasang dalam negara (CKD). Malaysia merupakan pasaran pertama di dunia selain Belanda yang memasang sendiri unit Countryman terbaharu ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Countryman Sports didatangkan standard dengan kit badan John Cooper Works (JCW) yang merangkumi apron hadapan dengan saluran udara untuk penyejukan brek, spoiler serta diffuser pada bampar belakang. Jalur pada hud dan rim 19 inci dengan tayar ‘run flat’. Di dalam, model ini menampilkan headliner Anthracite, di samping upholsteri kulit dalam warna Carbon Black dan stereng JCW.

New MINI Cooper S Countryman Sports (11)

Variasi badan dan bumbung bagi model ini didatangkan dengan warna hijau (British Racing Green), kelabu (Thunder Grey), putih (Light White) dan merah (Chili Red). Bumbung bewarna hitam boleh dipadankan dengan unit badan berwarna merah, hijau, kelabu dan putih; sementara bumbung putih pula boleh didapati dengan padanan warna merah dan hijau.

New MINI Cooper S Countryman Sports (14)

Seperti biasa, varian Cooper S ini dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Dengan 192 hp dan 280 Nm, ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.4 saat dan mencapai kelajuan maksimum 224 km/j. Tahap penggunaan bahan api adalah sekitar 6.5 liter bagi setiap 100 km.

New MINI Cooper S Countryman Sports (12)

Model ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi sports yang terdiri daripada spring dan penyerap hentak pneumatic yang lebih keras. Selain itu, ciri bantuan pemandu yang ada termasuklah Park Distance Control (PDC) dan Park Assist. Bagi sistem infotainment, Countryman Sports menawarkan skrin sentuh 8.8 inci dan sistem audio Harman Kardon dengan 12 unit pembesar suara.

New MINI Cooper S Countryman Sports (13)

Harga bagi model ini adalah RM245,888 (harga atas jalan tidak termasuk insurans). Ia didatangkan dengan jaminan selama empat tahun tanpa had perbatuan berserta pakej penyelenggaraan berjadual percuma.

Previous post

MINI Countryman Plug-in Hybrid Dilancarkan di Malaysia

Next post

Roush Bangunkan Kit Supercharger Untuk Mustang GT 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *