Berita Auto

Pemenang Peraduan SMS & Win Honda Malaysia Bawa Pulang Jazz, iPhone X

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang lalu, Honda Malaysia telah mengadakan peraduan SMS & Win untuk meraikan pelanggan mereka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis penyampaian hadiah bagi para pemenang pertanding tersebut telah diadakan baru-baru ini di mana hadiah utama iaitu sebuah Honda Jazz 1.5L telah dibawa pulang oleh Hasmawati binti Hussin. Selain itu, lima pemenang Golden Prize masing-masing membawa pulang sebuah iPhone X.

Pertandingan SMS & Win itu diadakan dari 22 Januari hingga 11 Mac 2018 dan terbuka kepada semua pemilik kenderaan Honda. Sebanyak 43,000 penyertaan diterima dan 1,006 daripadanya telah terpilih untuk memenangi pelbagai hadiah berjumlah RM198,255. Ini termasuk sebuah Honda Jazz, iPhone X dan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

Photo 9

Hasmawati berkata, “Saya sangat terkejut apabila diberitahu yang saya telah memenangi sebuah Honda Jazz. Saya memang sukakan keluasan dan penampilan sporty Jazz, terutamanya dalam warna Lunar Silver Metallic.”

 

Previous post

Volkswagen Semak Semula Jadual Servis Penyelenggaraan

Next post

Bagaimana Enjin Boxer Porsche Berfungsi? Tonton Videonya!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *