Cerita Auto

Volkswagen Arteon mungkin dapat enjin VR6 dengan 409 hp

Volkswagen sedang dalam usaha membangunkan Arteon versi enam silinder, menurut laporan CarThrottle. Model tersebut dikatakan mempunyai enjin pengecas turbo VR6 berkapasiti 3.0-liter yang menghasilkan 409 hp.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut jurucakap produk Volkswagen, Martin Hube, enjin tersebut digabungkan dengan sistem pacuan empat roda Haldex bagi mendapatkan sebuah jentera yang lincah dan berkuasa.

Jika ia memasuki produksi, Arteon VR6 berkemungkinan akan menyertai barisan R bersama-sama dengan Golf R dan T-Roc R yang kini sedang dalam fasa ujian.

Diperkenalkan di Geneva pada awal tahun ini, Arteon merupakan pengganti kepada CC yang ditawarkan dengan enam pilihan enjin (tiga diesel, tiga petrol). Varian paling berkuasa menampilkan enjin turbo 2.0-liter empat silinder dengan 276 hp, transmisi DSG tujuh kelajuan dan pacuan semua roda 4Motion.

Previous post

Episod 5 Dari 9:11 Porsche Magazine Sudah Sampai

Next post

BHPetrol Menganjurkan Orange Charity Hunt

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *