Berita Auto

Honda buka pusat 3S di Keningau, Sabah

Honda Malaysia telah memperluaskan lagi kehadirannya di Malaysia Timur dengan pembukaan pusat 3S baharu oleh Vermillion Autohaus. Ia terletak secara strategik di Keningau, Sabah, sebuah bandar yang berada di antara Tenom dan Tambunan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dibangunkan dengan pelaburan sebanyak RM2.5 juta, pusat yang terletak di atas kawasan sebesar 5,000 kaki persegi itu dilengkapi dengan empat ruang servis (dua untuk penyelenggaraan segera, satu untuk pembaikan am dan satu untuk penyelenggaraan tayar) yang mampu menyelenggara sehingga 30 kereta setiap hari.

Mematuhi piawaian Honda, pusat 3S ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti ruang menunggu, kafe, surau serta sudut kanak-kanak. Selain itu, perkhidmatan seperti Wifi percuma, cuci kereta, serta pembaharuan cukai jalan dan insurans turut disediakan demi kemudahan pelanggan.

Pusat ini turut memberikan ketenangan minda kepada pelanggan menerusi penggunaan peralatan terkini yang menepati standard Honda serta kakitangan dan juruteknik terlatih.

Untuk membuat temujanji atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan, pelanggan boleh menghubungi Vermillion Autohaus di 087-3339 39 atau mengunjungi pusat itu di 1/4 Miles, Jalan Keningau-Tenom, Kampung Pampang, 89008 Keningau, Sabah atau layari www.honda.com.my.

Previous post

Anda kini boleh membeli Volkswagen Beetle edisi terhad menerusi Lazada

Next post

Jambatan Jalan Raya Tertinggi Di Malaysia Kini Dibuka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *