Berita Auto

Anda kini boleh membeli Volkswagen Beetle edisi terhad menerusi Lazada

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dengan kerjasama Lazada Malaysia akan menawarkan 12 unit Beetle edisi terhad bersempena dengan kempen Online Revolution oleh Lazada yang berlangsung dari 12 hingga 14 Disember ini. Ini merupakan kali pertama pengeluar kereta dan syarikat e-dagang berganding bahu bagi menjual kenderaan secara atas talian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Beetle edisi terhad itu akan dijual pada harga RM112,112 setiap satu, iaitu 18% lebih murah berbanding harga runcit yang disyorkan. Ia didatangkan dalam dua rekaan iaitu ‘Herbie 53’ dalam warna Pure White dan White Silver, serta ‘Hot Bug’ dalam warna Tornado Red.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada model edisi terhad ini termasuklah roda stereng pelbagai fungsi dengan balutan kulit, skrin sesentuh 5.8 inci dengan USB, Bluetooth dan lapan pembesar suara, serta upholsteri fabrik ‘Pepita’. Ia dikuasakan oleh enjin 1.2-liter TSI yang menjana 105 PS dan 175 Nm, dan juga transmisi automatik DSG tujuh kelajuan.

 

Previous post

Hyundai Ioniq Electric Dianugerah 'Kereta Hijau Terbaik' Tahunan Oleh Majalah Profesional Driver

Next post

Honda buka pusat 3S di Keningau, Sabah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *