Psst!

Konsep Mitsubishi e-Evolution Akan Debut Di Tokyo Motor Show

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) akan menyambut debut dunia MITSUBISHI E-EVOLUTION CONCEPT di Tokyo Motor Show ke-45. Konsep semua-eletrik menunjukkan arah Mitsubishi Motors boleh ambil di masa terdekat.

MITSUBISHI e-EVOLUTION CONCEPT adalah SUV crossover generasi-baru  berprestasi tinggi semua elektrik, dan ia membolehkan kita menangkap sekilas masa depan MMC. Untuk pengalaman memandu yang dipertingkat, MITSUBISHI e-EVOLUTION CONCEPT menggabung yang terbaik dari teknologi Mitsubishi Motors dengan kelincahan SUV yang boleh ke mana-mana .

MITSUBISHI e-EVOLUTION CONCEPT memperluaskan kepakaran EV SUV MMC dan all-wheel drive dan mengambilnya ke tahap yang baru dengan Artificial Intelligence (AI). Unsur-unsur ini digabungkan secara lancar untuk menghasilkan prestasi yang selamat dan menyeronokkan yang mencerminkan niat pemandu di bawah semua keadaan cuaca, dan pada semua permukaan.
BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

MITSUBISHI e-EVOLUTION CONCEPT akan menjadi salah satu daripada 12 model Mitsubishi yang dipamerkan. Ia akan disertai oleh SUV baru Eclipse Cross coupe (model pasaran Jepun), yang dilancarkan di Jepun buat kali pertama, dan dijadualkan untuk pelancaran Jepun pada awal tahun depan. PHEV Outlander dan model MMC terkemuka lain yang dijual di Jepun juga akan membuat kemunculan.
Previous post

Mazda Mula Pengeluaran CX-5 di Loji Hofu

Next post

Kia Sorento Kini Dengan Penjimatan RM16,000

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *