Motosikal

Honda mulakan konvoi ‘Honda Asian Journey 2017’

Kumpulan syarikat Honda bagi rantau Asia & Oceania telah memulakan ‘Honda Asian Journey 2017’, sebuah konvoi motosikal besar Honda yang berlangsung selama empat hari (26 – 29 Oktober) dengan jarak keseluruhan sejauh 570 km.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara itu disertai oleh kira-kira 50 peserta yang terdiri daripada wartawan, penunggang serta pengedar Honda dari lima buah negara iaitu Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina dan India.

HBS_D2-0030

Perjalanan bermula dari Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC), di mana aktiviti latihan menunggang dengan selamat diadakan bagi menyiap sediakan para peserta untuk konvoi tersebut. Ia diikuti dengan sesi tunggang uji di mana lebih 60 model disediakan termasuk CB500, CB500, CBR650R, CBR1000RR, X-ADV, VFR1200X, Africa Twin, Goldwing, serta RC213V-S.

HBS_D2-0010-0

Hari kedua menyaksikan konvoi meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi dan Genting Highlands, sebuah resort yang terletak 1,700 meter dari aras laut.

HBS_D2-0004

Pada Oktober 28, para peserta akan ke Litar Antarabangsa Sepang untuk menyaksikan pusingan kelayajan MotoGP Malaysia, sebelum ke Kuala Lumpur untuk acara makan malam yang akan disertai oleh Marc Marquez dan Dani Pedrosa dari pasukan Repsol Honda, serta Takaaki Nakagami dan Khairul Idham Pawi dari Idemitsu Honda Team Asia.

Honda Asian Journey participants group photo

Para peserta Honda Asian Journey akan menamatkan konvoi mereka di Litar Antarabangsa Sepang bagi menyaksikan perlumbaan MotoGP Malaysia pada hari Ahad, 29 Oktober.

 

Previous post

Honda Turut Pamer Model Global Mereka: Civic, Accord Dan CR-V Di Tokyo Motor Show 2017

Next post

Brand Tagline Toyota Jepun ... 'Start Your Impossible'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *