Gaya Hidup

BMW M Bike Limited Carbon Edition

Pada awal kewujudannya, basikal adalah mod pengangkutan utama bagi kebanyakan manusia namun pada hari ini, dengan kereta dan motosikal yang semakin canggih, ia telah menjadi sebahagian daripada aksesori gaya hidup.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Maka tidak hairanlah syarikat gergasi seperti BMW cuba mengambil kesempatan dengan menawarkan produk mereka sendiri, seperti BMW M Bike Limited Carbon Edition yang baru diperkenalkan ini.

P90276497_highRes_bmw-m-bike-limited-c

Mengambil inspirasi BMW M5 generasi keenam, basikal ini merupakan model edisi terhad dan hanya 500 unit akan dijual di pasaran global dengan harga €1,400 (RM6,996) setiap satu.

P90276494_highRes_bmw-m-bike-limited-c

Seperti sedan berprestasi tinggi itu, M Bike didatangkan dalam warna Marina Bay Blue Metallic tetapi juga boleh dimiliki dalam warna Long Beach Blue seperti model M2 dan Austin Yellow seperti M3/M4.

P90276495_highRes_bmw-m-bike-limited-c

 

Basikal ini menggunakan fork, post tempat duduk serta spacer gentian karbon yang dipasang pada rangka aluminium jenis hyrdo-form. Ia juga dilengkapi dengan tayar Continental CruiseContact bersaiz 28 inci dan cakera brek hidraulik Shimano BR-M315 untuk keselamatan maksimum.

P90276496_highRes_bmw-m-bike-limited-c

Menjadikan basikal ini lebih eksklusif adalah lencana “Limited Carbon Edition” dan sijil khas.

Previous post

Pasangan Malaysia tunggang motosikal sejauh 26,000km

Next post

Mengapa Anda Perlu Tukar Minyak Enjin Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *