Cerita Auto

Pasaran SUV Sedang Rancak di Malaysia, Tetapi Di Manakah Toyota?

Bayangkan satu situasi di mana usia anda sudah melewati setengah abad dan anda sedang berkira-kira untuk membeli sebuah kenderaan serba baharu sebagai hadiah kepada diri sendiri yang bakal memasuki zaman persaraan tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dalam situasi hipotetikal ini, anda mempunyai sebuah Toyota Camry yang dibeli baharu pada tahun 2011 dan telah menggunakannya sebagai kenderaan harian untuk ulang alik ke tempat kerja serta dan juga pulang ke kampung.

Sepanjang 6 tahun memiliki Camry tersebut, anda sangat berpuas hati dengan prestasi serta keselesaan sedan segmen-D itu. Ia juga tidak pernah mengalami kerosakan yang serius, kecuali wear and tear yang memang tidak dapat dielakkan.

Anda juga tidak pernah mengalami masalah berkaitan dengan perkhidmatan selepas jualan atau after sales service yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor. Membuat temu janji dengan mana-mana pusat servis Toyota sangat mudah dan layanan yang diberikan oleh kakitangan juga memuaskan sepanjang anda bergelar pemilik Toyota.

Faktor-faktor sebegini membuatkan anda ingin kekal dengan jenama Toyota walaupun pada hakikatnya anda sudah puas memandu Camry tersebut. Kini, anda mencari sesuatu yang baharu, sesuatu yang belum pernah dicuba. SUV saiz pertengahan dengan lima tempat duduk menjadi pilihan pertama yang terlintas di fikiran.

Toyota RAV4 aus

Malang sekali, SUV yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor hanya Rush yang merupakan SUV kompak dan Fortuner yang pada asasnya adalah Hilux, jadi kedua-duanya tidak menepati kehendak anda. Mahu tak mahu, perhatian anda kini beralih ke arah sesuatu yang sedang hangat diperkatakan; dalam kes ini, Honda CR-V baharu.

Dilancarkan pada bulan Julai 2017, CR-V generasi kelima adalah the next big thing dalam pasaran SUV negara ini. Dengan reka bentuk menarik, enjin turbo bertenaga, sistem keselamatan yang canggih, serta harga dan spesifikasi yang berdaya saing, tidak hairanlah jika model ini menarik perhatian sesiapa sahaja.

Melalui situasi ini, anda boleh melihat bagaimana UMWT terlepas peluang untuk bersaing dalam segmen SUV saiz pertengahan tempatan yang semakin rancak dengan kehadiran pesaing-pesaing dari Jepun, Korea dan Eropah. Sebagai contoh, Mazda bakal melancarkan CX-5 baharu mereka tidak lama lagi bagi manakala Hyundai pula baru melancarkan dua varian baharu Tucson.

Toyota dilihat ketinggalan dalam persaingan ini walaupun mempunyai SUV midsize iaitu RAV4 yang dijual di pasaran-pasaran seperti Amerika Utara, Eropah dan Australia. Ia boleh didapati dalam versi petrol dan hibrid, dan sama seperti CR-V, didatangkan dengan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan empat roda.

Honda CR-V Launch 07

Walaupun RAV4 kini sudah agak berusia (model generasi keempat sudah berada di pasaran sejak 2013), ia sudah diberi pembaharuan seperti penambahan ciri keselamatan Toyota Safety Sense P yang hampir sama dengan Honda Sensing pada CR-V baharu.

Ini bermakna Toyota memang mempunyai produk yang mampu memberikan sedikit sebanyak impak kepada pasaran SUV saiz pertengahan tempatan. Dengan operasi CKD yang berpusat di Shah Alam, serta status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang ditawarkan oleh kerajaan, kami percaya UMWT mempunyai kemampuan untuk memasarkan RAV4 di negara ini. Namun buat masa ini, mereka hanya mampu melihat pesaing-pesaing mereka menikmati jualan yang memberangsangkan.

Previous post

BMW X2 Didedahkan Dengan Pelekat Penyamaran

Next post

DNC Asiatic Jalin Usahasama Dengan Motul

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *