Cerita Auto

BMW X2 Didedahkan Dengan Pelekat Penyamaran

BMW X2 telah didedahkan namun bukan secara sepenuhnya seperti yang biasa dilakukan oleh pengeluar kenderaan. Dalam satu siri gambar ala spy shot yang dikeluarkan sendiri oleh BMW, SUV itu masih memakai pelekat penyamaran yang direka untuk menyembunyikan identitinya namun pada masa yang sama, menarik perhatian mereka yang melihatnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Direka berasaskan model Concept X2 yang diperkenalkan di Paris Motor Show 2016, versi produksi ini dilihat mengekalkan reka bentuk kereta konsep tersebut terutama pada garis bumbungnya yang rendah yang memberikan imej seakan kereta coupe. Selain itu, bentuk lampu yang lebar, Hofmeister kink pada bahagian sisi dan kidney grille terbalik juga hadir pada X2 versi produksi ini.

P90273189_highRes_expedition-into-the-

Walaupun maklumat teknikal tidak didedahkan, X2 dilaporkan menggunakan platform pacuan roda hadapan UKL yang sama dengan X1 dan model MINI. Seperti model itu, X2 juga dikatakan akan hadir dengan pilihan enjin diesel dan petrol (antaranya enjin 2.0 liter empat silinder dengan 228 hp) serta pacuan empat roda untuk pasaran tertentu.

P90273172_highRes_expedition-into-the-

BMW juga tidak menyatakan bila X2 akan dilancarkan secara rasmi, namun ramai yang berpendapat ia akan membuat kemunculan di Frankfurt Motor Show yang akan berlangsung pada September ini.

P90273175_highRes_expedition-into-the-

Previous post

Honda CB500XA 2017 Dapat Peredam dan Pilihan Warna Baharu

Next post

Pasaran SUV Sedang Rancak di Malaysia, Tetapi Di Manakah Toyota?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *