Cerita Auto

Mercedes-Benz S400h Kini Dengan Pakej AMG Line

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan bahawa varian S400h kini didatangkan dengan kemasan AMG Line untuk pasaran tempatan. Ini memberikan pilihan kepada pelanggan yang mahukan gabungan gaya mewah dan sporty.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pakej AMG Line memberikan S-Class penampilan lebih garang dengan kit badan AMG yang disudahi dengan rim aloi ringan bersaiz 19 inci. Sementara itu, ruang kabin kereta saloon mewah ini dipertingkatkan lagi dengan stereng pelbagai fungsi AMG, kemasan kayu hitam berkilat dan pedal sports AMG.

Mercedes-Benz S 400 h AMG Line (17)

Tiada perubahan dari segi teknikal, di mana S400h menampilkan enjin 3.5-liter V6 dengan 306 hp pada 6,500 rpm dan 370 Nm dari 3,500 hingga 5,250 rpm, dan motor elektrik yang menghasilkan 20 kW dan 250 Nm. Kotak gear automatik tujuh kelajuan 7G-Tronic ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke gandar belakang.

Mercedes-Benz S 400 h AMG Line (2)

S400h AMG Line mengekalkan harganya seperti sebelum ini iaitu RM598,888 (harga atas jalan tanpa insurans).

Previous post

VIDEO: Ford Mustang 2018 Boleh Hidupkan Enjin Secara Senyap

Next post

Cabaran Yamaha NVX Kategori Baharu Cub Prix

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *