Berita Auto

VIDEO: Ford Mustang 2018 Boleh Hidupkan Enjin Secara Senyap

Ngauman enjin V8 sememangnya menggiurkan, namun tidak dinafikan ia juga boleh mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Pemilik Ford Mustang GT 2018 bagaimanapun tidak perlu risau tentang hal ini kerana kenderaan mereka kini dilengkapi dengan sistem Quite Start yang membolehkan enjin dihidupkan secara senyap.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Idea ini tercetus selepas jiran kepada Steve von Foerster (bekas ketua kejuruteraan kenderaan untuk Ford) menelefon pihak berkuasa untuk membuat aduan mengenai kereta Shelby GT350 miliknya yang terlalu bising.

Perbincangan antara von Foerster dan pasukan program Mustang akhirnya membawa kepada pembangunan ciri Quiet Exhaust dan Quiet Start. Quiet Start merupakan ciri pertama yang membolehkan pemandu menghidupkan enjin secara senyap mengikut masa yang ditetapkan. Sebagai contoh, pemandu boleh menetapkan masa antara 8 malam dan 7 pagi menggunakan butang pada stereng.

Quiet Exhaust pula menyertai mod sedia ada iaitu Normal, Sport dan Track, menjadikan pilihan mod sebanyak empat. Kedua-dua ciri tersebut merupakan sebahagian daripada sistem ekzos prestasi dengan injap aktif (active valve performance exhaust system). Menurut Ford, rekaan terbaru ini berjaya mengurangkan bunyi dari 82 ke 72 desibel.

 

Previous post

Hyundai Tucson Memang Cantik

Next post

Mercedes-Benz S400h Kini Dengan Pakej AMG Line

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *