Cerita Auto

Honda Malaysia Raikan Penyerahan City Sport Hybrid Pertama

Honda Malaysia hari ini meraikan Wilson Wong, pelanggan pertama di Asia Tenggara yang memiliki City Sport Hybrid i-DCD baharu yang dilancarkan pada bulan lalu. Majlis penyerahan dilakukan di bilik pameran pengedar Honda, Tenaga Setia Resources Sdn. Bhd. yang terletak di Petaling Jaya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bersama-sama dengan Jazz Hybrid baharu, Malaysia merupakan satu-satunya negara selain Jepun yang memperkenalkan sistem Sport Hybrid i-DCD tersebut. Kedua-dua model Sport Hybrid ini juga satu-satunya kenderaan hibrid yang ditawarkan pada harga kurang RM90,000 di negara ini.

Sebagai tanda penghargaan dari Honda Malaysia, Wilson yang membeli City Hybrid dalam warna Modern Steel Metallic juga menerima tiket untuk menyaksikan perlumbaan F1 Malaysia 2017 pada Oktober ini serta pakej aksesori Modulo bernilai RM5,070.

Di samping itu, Honda Malaysia juga akan mengadakan kempen ‘T3ST DRIV3 R3WARDS’ dari 13 hingga 31 Ogos ini. Pelanggan yang memandu uji sama ada CR-V 1.5L Turbocharged Premium, Jazz Sport Hybrid atau City Sport Hybrid di mana-mana 91 pengedar sah Honda secara automatik akan layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan baucar tunai bernilai RM300 kepada 300 pemenang.

Previous post

Akademi Automotif Volkswagen Pertama di Malaysia Dibuka

Next post

BMW Z4 Kembali Dalam Bentuk Konsep

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *