Cerita Auto

Akademi Automotif Volkswagen Pertama di Malaysia Dibuka

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini secara rasminya melancarkan Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di negara ini.

Terletak di tengah-tengah hab automotif di Glenmarie, Shah Alam, akademi baharu itu memiliki keluasan lebih 14,117 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan semua kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap. Classroom with the Technical Service Centre Akademi itu mampu menempatkan sehingga 150 orang pelatih setiap hari. Mereka akan menjalani program-program yang intensif merangkumi produk dan perkhidmatan yang dijalan kan oleh 13 orang kakitangan latihan berdedikasi. Modul-modul latihan melibatkan kemahiran insani, amali, simulasi teknikal, diagnostik dan fungsi. Parts Equipment Room Bagi latihan selepas jualan pula, terdapat empat ruang penyelenggaraan dan dua pusat servis teknikal (TSC). Kemudahan dan peralatan lain seperti mesin penjajaran roda, pengubahsuai lampu utama, pengangkat, latihan sistem papan elektronik, sistem diagnostik dan peralatan sedia digunakan oleh para pelatih untuk menawarkan pengalaman pembelajaran secara amali yang lebih berkesan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Peralatan dan perkasasan ini diiktiraf oleh Volkswagen AG dan disediakan khas untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia. Technical Service Centre Terdapat juga satu bilik khas untuk sistem pengurusan alat ganti. Para pelatih dilatih secara praktikal serta simulasi tentang bagaimana untuk mengurus, menyimpan serta mengkategorikan alat ganti dan peralatan. Bukan itu sahaja, Akademi itu turut mempunyai sebuah dewan serbaguna dan enam bilik belajar. 1 Multipurpose hall

Previous post

Aston Martin Vanquish Zagato Volante

Next post

Honda Malaysia Raikan Penyerahan City Sport Hybrid Pertama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *