Cerita Auto

Ford GT ’67 Heritage Edition Raikan Kemenangan di Le Mans 1967

Ford GT model tahun 2018 boleh dimiliki dengan tema Heritage bagi memperingati jentera lumba GT40 Mark IV yang dipandu oleh Dan Gurney dan A.J. Foyt di Le Mans 1967. Edisi istimewa ini menampilkan warna khas pada bahagian luaran dan dalaman serta kemasan rim eksklusif.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Edisi Heritage itu didatangkan dalam warna merah Race Red yang digabungkan dengan jalur putih dan pakej gentian karbon. Ia juga menampilkan grafik putih Frozen White pada bahagian pintu dan hud, serta rim aluminium 20 inci dalam kemasan satin perak dengan nat hitam. Angkup brek merah dan cermin sisi berwarna perak melengkapkan imej model ini.

4

Kemasan di bahagian kabin bermula dengan upholsteri kulit dengan jahitan berwarna merah yang digunakan pada tempat duduk dan stereng. Tali pinggang berwarna merah manakala paddle shifter pula berwarna kelabu. Kemasan satin gelap juga digunakan di bahagian panel instrumen dan pintu.

040A6008

Seperti biasa, model edisi terhad seperti Ford GT ’67 Heritage ini tidak lengkap tanpa plat nombor siri. Kereta ini juga dihiasi dengan komponen gentian karbon seperti sill pintu, air register pods dan konsol tengah.

8

 

Previous post

Mazda CX-5 Yang Akan Datang

Next post

Peserta Wanita Pertama ke Pusingan Akhir Cabaran Fuelwatch Volvo Trucks Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *