Cerita Auto

Peserta Wanita Pertama ke Pusingan Akhir Cabaran Fuelwatch Volvo Trucks Malaysia

Cabaran Fuelwatch anjuran Volvo Trucks Malaysia pada tahun ini melakar sejarah apabila seorang pemandu trak wanita telah berjaya melayakkan dirinya ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada 25 dan 26 Ogos ini di Shah Alam.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Junaidah Ibrahim yang berusia 32 tahun telah bekerja sebagai pemandu selama lima tahun dan kini bekerja bersama suaminya yang juga seorang pemandu trak di Benua Haulage Sdn Bhd yang merupakan ahli Sin Hock Soon Group.

Junaidah bekerja selama lapan hingga sembilan jam sehari memandu trak Volvo bagi memastikan barang dapat dihantar tepat pada masanya.
Ibu kepada tiga anak ini menekankan bahawa berhati-hati semasa memandu di jalan raya adalah keutamaan beliau dalam pekerjaan itu, dan percaya bahawa kemahiran dan fokusnya pada pusingan awal Caabran Fuelwatch di Prai telah berjaya membawanya ke pusingan final.

Beliau akan bersaing dengan tujuh orang finalis lelaki lain dalam pusingan akhir yang akan diadakan nanti. Sehari sebelum pertandingan, kesemua lapan finalis akan menjalani sesi latihan oleh jurulatih pemandu Volvo Trucks nntuk meningkatkan lagi kemahiran mereka.

Tujuh finalis yang lain adalah Ruslan Ab Ghani dari Perwakilan Cekap Sdn Bhd (Pelabuhan Klang), Jamal B. Embong dari Prifaria Sdn Bhd (Kuantan), Ahmad Sulaiman dari Konsortium PD Sdn Bhd (Pelabuhan Klang), Mohd Sufian bin Sahari dari Multimodal Freight Sdn Bhd (Pelabuhan Klang), Kaspul Anwar bin Abdul Karim dari Prifaria Sdn Bhd (Prai), Tan Eng Hin dari Lima Bintang Logistics Sdn Bhd (Prai), dan Firdaus bin Salim dari Swift Logistics Sdn Bhd (Johor Bahru).

Juara cabaran ini akan mewakili Malaysia di Cabaran Drivers Fuel – World Final yang akan diadakan di Sweden dari 18 hingga 22 September ini.

Previous post

Ford GT '67 Heritage Edition Raikan Kemenangan di Le Mans 1967

Next post

Isuzu Malaysia Serah 6 Unit Trak Isuzu Forward kepada YHL Trading

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *