Cerita Auto

VIDEO: BMW i8 Roadster

BMW telah mengeluarkan satu video ‘teaser’ yang memperlihatkan i8 Roadster baharu. Bakal dilancarkan pada tahun hadapan, ia merupakan model ‘i’ yang ketiga keluaran jenama itu selepas i8 dan i3.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun masih memakai pelekat penyamaran, ia dapat dilihat dengan jelas bahawa i8 Roadster mengekalkan elemen reka bentuk seperti yang dilihat pada i8, termasuk pintunya yang terbuka ke depan dan ke atas seperti sayap.

Perubahan paling ketara adalah pada bahagian bumbung, di mana i8 Roadster dikatakan menggunakan bumbung fabrik ‘targa’ yang boleh dilipat masuk ke satu ruang kecil di belakang kokpit.

Kereta elektrik ini juga akan menggunakan drivetrain yang sama iaitu enjin 1.5-liter tiga silinder yang digabungkan dengan motor elektrik.

Previous post

Pendaftaran untuk Pusingan Kelayakan BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 Asia Tenggara kini dibuka

Next post

Sedan Mana Di Bawah RM70,000 Mempunyai Paparan Pelbagai Fungsi Data Pemacu Real Time?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *