Motosikal / Lain Lain Roda

Pendaftaran untuk Pusingan Kelayakan BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 Asia Tenggara kini dibuka

BMW Motorrad Malaysia mencabar semua pemilik BMW GS untuk mengambil bahagian dalam Pusingan Kelayakan BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 Asia Tenggara, sebuah pertandingan menunggang motosikal yang menguji daya ketahanan dan melibatkan pelbagai bentuk muka bumi. Pemenang akan mewakili Malaysia dan menjadi sebahagian daripada pasukan Asia Tenggara dalam pertandingan BMW Motorrad International GS Trophy di Mongolia tahun depan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pusingan kelayakan akan diadakan pada hari Sabtu, 12 dan Ahad, 13 Ogos 2017 di Sepang MX Track. Pendaftaran hanya dibuka sehingga hari Rabu, 12 Julai 2017.

Pengembaraan dan keseronokkan cabaran BMW GS Trophy juga boleh diraikan oleh orang ramai sepanjang pusingan kelayakan. Pada hari pertama, orang ramai boleh menyaksikan para peserta mengharungi laluan berhalangan mudah serta cabaran enduro yang lain.

Mereka juga dijemput untuk menghadiri parti BMW GS Trophy pada sebelah petang sambil dihiburkan oleh muzik secara langsung. Di sana, nama peserta yang layak untuk Hari Kedua akan diumumkan.

Pada hari kedua, orang ramai boleh menyaksikan semua finalis menjalani cabaran kemahiran tunggangan GS Trophy. Sesi tunggang uji model-model terpilih BMW Motorrad turut diadakan sepanjang dua hari acara tersebut berlangsung.

Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut tentang Pusingan Kelayakan BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 Asia Tenggara, sila layari laman web: http://www.bmw- motorrad.com.my/gstrophy.

Previous post

Honda Malaysia Memaklumkan Kegiatan Terkini Penggantian Inflators Depan Takata

Next post

VIDEO: BMW i8 Roadster

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *