Cerita Auto

Toyota Vios Sports Edition Dibuka Untuk Tempahan – RM85,300

Siri perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) Vios Challenge akan membuka tirainya pada bulan hadapan dan bagi menyambut acara yang dinantikan itu, UMW Toyota Motor telah memperkenalkan Vios Sports Edition baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diinspirasikan oleh jentera lumba Vios Challenge yang akan digunakan sepanjang kejohanan tersebut, Vios Sports Edition didatangkan dengan pelbagai aksesori seperti kit badan dengan spoiler, rim aloi berwarna hitam serta grafik seperti yang digunakan pada jentera lumba tersebut.

Tema itu diteruskan di dalam kabin dengan lambang ‘Sports Edition’ pada tempat duduk  fabrik dan karpet, tombol gear yang sporty, sil pintu, ‘scuff plates’ serta nyalaan kuning jingga di bahagian ruang kaki.

Vios SE Interior

Vios Sports Edition turut dilengkapi dengan suspensi sports yang merendahkan kedudukan kenderaan sebanyak 27 mm. Ini dapat mengurangkan ‘body roll’ sekaligus meningkatkan kestabilan semasa mengambil selekoh.

Berharga RM85,300 (tanpa insurans), Vios Sports Edition didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Pelanggan yang membeli model ini turut akan mendapat barangan percuma seperti baju polo TGR, topi dan tumbler.

 

Previous post

Beli Pek SIM, Tambah Nilai U Mobile di Stesen BHPetrol dan Menangi Baucar

Next post

Tindakan Keras Terhadap Diesel Kini Giat di Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *