Gaya Hidup

Beli Pek SIM, Tambah Nilai U Mobile di Stesen BHPetrol dan Menangi Baucar

Bermula dari 15 Julai hingga 30 September 2017, pelanggan yang membeli pakej pek SIM prabayar U Mobile dan tambah nilai akan mendapat baucar BHPetrol bernilai RM10.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dalam kerjasama pertama syarikat itu dengan U Mobile, pelanggan berusia 18 tahun ke atas kini boleh membeli pek SIM dan tambah nilai di mana-mana stesen BHPetrol di seluruh Malaysia yang mengambil bahagian.

Untuk memenangi baucar tersebut, pelanggan hanya perlu mengaktifkan akaun prabyar U Mobile dan membeli tambah nilai sekurang-kurangnya RM10 di stesen BHPetrol.

Baucar tersebut boleh ditebus apabila pelanggan membeli minyak BHPetrol RON95 atau RON97 bernilai sekurang-kurangnya RM30. Untuk menebus, tunjukkan resit pembelian pek SIM dan tambah nilai di kaunter bayaran. Baucar hanya boleh ditebus sehingga 10 Oktober 2017.

“Promosi terbaru ini adalah kerjasama pertama kami dengan U Mobile yang merupakan’ telco’ yang sangat berjaya dan agresif di pasaran. Kami di BHPetrol sangat bangga dengan promosi ini dan menggalakkan para pelanggan untuk merebut peluang tawaran hebat ini di stesen servis kami,” kata Pengurus Pemasaran Runcit BHPetrol, Baba Tan.

Previous post

MINI John Cooper Works Clubman dan Countryman Kini di Malaysia

Next post

Toyota Vios Sports Edition Dibuka Untuk Tempahan - RM85,300

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *