Berita Auto

Ford 1.0L EcoBoost Dinobat Enjin Terbaik Antarabangsa Untuk 6 Tahun Berturut-turut

Enjin Ford 1.0L EcoBoost telah diundi sebagai “Enjin Bawah 1.0-liter Terbaik” di anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik (International Engine of the Year) untuk enam tahun berturut-turut, bermakna ia belum pernah dikalahkan dalam kategorinya sejak dilancarkan pada tahun 2012.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Para juri memuji gabungan prestasi, kecekapan bahan api serta teknologi enjin tersebut, yang kini telah memenangi 10 anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik termasuk johan keseluruhan sebanyak tiga kali dan “Pendatang Baru Terbaik” (Best Newcomer).

Ia dipilih sebagai enjin bawah 1.0-liter terbaik oleh panel yang terdiri daripada 58 wartawan automotif daripada 31 negara. Diperkenalkan buat pertama kali dengan Focus pada 2012, enjin inovatif itu terus menguasai segmennya walaupun berhadapan dengan persaingan yang semakin meningkat dalam kategori yang popular. Tahun ini, kategori bawah 1.0-liter menampilkan 35 enjin, berbanding 26 enjin pada tahun pertamanya.

Ford 1.0L EcoBoost Engine

Bermula 2018, enjin EcoBoost 1.0-liter akan dilengkapi dengan teknologi penyahaktifan silinder (cylinder deactivation) yang bertujuan menghentikan salah satu silinder apabila enjin tidak menggunakan kapasiti sepenuhnya, seperti ketika memandu secara perlahan. Teknologi tersebut mampu mengaktifkan atau menyahaktifkan silinder dalam 14 milisaat – 20 kali lebih pantas daripada kelipan mata – tanpa kompromi dalam aspek prestasi.

 

Previous post

Honda Malaysia Sediakan Lebih Banyak Kemudahan Selepas Jualan

Next post

Proton Wira Malaysia Letrik Sepenuhnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *