Gaya Hidup

Honda Malaysia Sediakan Lebih Banyak Kemudahan Selepas Jualan

Honda Malaysia telah mengambil inisiatif lebih lanjut dalam usahanya untuk menyediakan lebih banyak kemudahan selepas jualan dengan pembukaan dua Pusat 2S (Servis dan Penyimpanan) baharu dan Body & Paint (BP). Terletak di Melaka dan Pulau Pinang, pusat-pusat baharu ini menekankan komitmen Honda Malaysia terhadap perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang selain menawarkan produk berkualiti terbaik kepada semua pelanggan.

Pusat 2S dan BP baru (Kah Motor Sdn Bhd – Cheng di Melaka dan JM Motor Services Sdn Bhd di Pulau Pinang) akan membantu menyokong pengambilan perkhidmatan yang semakin meningkat di rantau Utara dan Selatan serta menampung lebih banyak perkhidmatan selepas jualan di kawasan pedalaman.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Setakat Mei 2017, jumlah pengambilan perkhidmatan Honda Malaysia di wilayah Selatan dan Utara masing-masing berjumlah 203,109 dan 176,326 untuk 2016, meningkat sebanyak 30% dan 16% masing-masing berbanding lima tahun lalu. Jumlah pengambilan perkhidmatan pada tahun 2016 mencatatkan peningkatan tahunan sebanyak 14% berbanding dengan jumlah pengambilan perkhidmatan tahun 2015. Peningkatan ini sejajar dengan pertumbuhan Honda Malaysia dalam tempoh lima tahun yang lalu hasil peningkatan pesat jualan keseluruhan kenderaan Honda mengikut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda, En. Katsuto Hayashi.

Sempena musim perayaan Hari Raya, 1,500 pemilik Honda (baru dan lama) termasuk mereka yang memandu kereta Honda, akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai dengan SMS sahaja. Honda Malaysia memberi ganjaran kepada pemilik Honda, tanpa mengira model atau umur kereta, Hari Raya ini melalui peraduan khas yang berlangsung dari 12 Jun 2017 sehingga 6 Ogos 2017. Penyertaan semudah 1-2-3. Pemilik Honda boleh menghantar jawapan mereka kepada soalan mudah, bersama dengan nombor pendaftaran kereta mereka, nama penuh dan nombor Kad Pengenalan kepada 39993. Soalan peraduan boleh didapati di semua bilik pameran Honda dan laman web rasmi Honda Malaysia.

Untuk maklumat lanjut call Honda Bebas Toll 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my

 

 

Previous post

Info Tayar Kenderaan

Next post

Ford 1.0L EcoBoost Dinobat Enjin Terbaik Antarabangsa Untuk 6 Tahun Berturut-turut

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *