Motosikal

Boon Siew Ketuai Pasukan Satu Hati. Honda Asia di Suzuka 8 Hours

Pengurus Pasukan Boon Siew Honda (BSH) Motorsports, Zulhelmi bin Ahmad bersama kumpulan mekaniknya akan menjadi pasukan Malaysia pertama yang menerajui Satu HATI. Honda Team Asia di Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” ke-40, sekali gus memberi peluang untuk mengangkat BSH di persada antarabangsa.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagaimana Golongan Belia Malaysia Bersinar di Pentas Antarabangsa

Satu HATI. Honda Team Asia diwujudkan pada tahun 2012 dengan misi untuk membangunkan sukan permotoran di rantau Asia. Pada tahun pertama penubuhannya, pasukan tersebut mempunyai dua penunggang dari Jepun dan seorang dari Malaysia – Azlan Shah Kamaruzaman. Antara penunggang Jepun tersebut, Makoto Tamada merupakan penunggang lagenda berpengalaman yang telah memenangi perlumbaan MotoGP pada tahun 2004. Di sinilah permulaan bagi anak muda dari Malaysia untuk bersaing dalam perlumbaan ketahanan (endurance) kelas dunia.

Pada tahun 2012, mereka melintas garisan penamat pada kedudukan ke-25. Pada tahun kedua, Azlan Shah sekali lagi dijemput dan pasukan tersebut, bersama Tamada dan Yuki Takahashi juga merupakan penunggang MotoGP, berjaya meraih tempat ke-6.

Pada tahun berikutnya iaitu 2014, Tamada dilantik sebagai pengurus pasukan dengan tiga penunggang dari Malaysia, Indonesia dan Australia. Seorang lagi penunggang muda dari Malaysia, Mohamad Zamri Baba telah menyertai pasukan tersebut dan berjaya mendapat tempat ke-7 pada perlumbaan tahun berkenaan.

Sebagai Pengurus Pasukan, Tamada memulakan visinya untuk membentuk sebuah  pasukan Asia “tulen” yang bukan hanya mempunyai penunggang, tetapi juga membabitkan mekanik serta pengurus dari negara-negara Asia. Sehubungan itu, Tamada telah melantik pasukan Boon Siew Honda untuk menyokong dan melatih mereka secara perlahan-lahan dan kakitangan Boon Siew Honda sebagai pasukan mekaniknya.

Image 3

Pada tahun 2015, tiga penunggang Asia pasukan berkenaan datang dari Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pada kali ini Azlan Shah sekali lagi dijemput menyertai pasukan tersebut, namun mesin perlumbaan mereka berhadapan dengan isu teknikal dan menyebabkan mereka menduduki tangga ke-18.

Pada 2016, penunggang Boon Siew Honda, Zaqhwan Zaidi yang juga juara Kejohanan Asian Road Racing (ARRC) kelas SS600 2016, membuat penampilan sulung dalam perlumbaan 8 hours endurance dan menerima sokongan kakitangan Boon Siew Honda. Mereka mendapat tempat ke-8 yang merupakan mata tertinggi dalam semua pasukan Honda termasuk pasukan kerja.

Pada tahun ini, impian Tamada hampir menjadi realiti apabila beliau memutuskan untuk mengekalkan penunggang yang sama dan melibatkan pengurus pasukan, ketua mekanik dan ketua jurutera data BSH untuk menguruskan keseluruhan perlumbaan.

Ia bukan satu keputusan yang mengejutkan memandangkan Tamada mempunyai impian untuk membentuk sebuah pasukan Asia yang bebas, tidak terhad pada penunggang, di peringkat antarabangsa sejak memulakan kerjayanya sebagai Pengurus Pasukan di Satu HATI. Honda Team Asia pada 2014.

Usaha tersebut boleh dilihat apabila beliau mewujudkan pasukan penunggang dari Asia pada tahun 2015 untuk bersaing dengan penunggang MotoGP lain dan menerima gelaran Pasukan Honda Terbaik menerusi kemenangan tempat ke-8 pada 2016.

Previous post

Jaguar XJR575 Capai 100 Km/j Dalam Hanya 4.4 Saat

Next post

Enjin Cetak 3D Memudahkan Kita Melihat Bagaimana Enjin Berjalan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *