Gaya Hidup

PICKnGO – Aplikasi Teksi Untuk Perjalanan Mudah, Selamat dan Pantas

Aplikasi teksi, PICKnGO, bakal merevolusikan perkhidmatan teksi di Lembah Klang dengan menawarkan perjalanan yang pantas, selamat dan mudah, semuanya hanya dengan menekan butang. Aplikasi terbaru ni boleh menyambungkan pengguna dengan kira-kira 10,000 pemandu teksi berlesen dan berinsurans di seluruh Kuala Lumpur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bekerjasama dengan firma antarabangsa dan penyedia teksi utama, aplikasi tersebut menawarkan ciri tempahan canggih serta pengalaman menaiki teksi yang lebih baik.

“Aplikasi ini menghubungkan anda dengan pemandu teksi yang bertauliah dan berlesen sebaik sahaja permintaan dibuat agar anda dapat menuju ke ke destinasi dengan cepat dan selamat,” kata Valerie Chan, Pengarah Pick N Go Sdn Bhd.

Salah satu manfaat utama PICKnGO adalah ia mempunyai kadar konsisten melalui penggunaan meter.

“Kami tidak mempunyai lonjakan harga. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna memilih tambang yang lebih rendah dengan hanya menekan butang,” tambah Valerie.

Manfaat utama lain untuk pengguna termasuklah menyambungkan pengguna kepada pemandu teksi secara langsung, akses ke profil identiti pemandu dan peta interaktif supaya pengguna tahu bila teksi akan tiba. PICKnGO hanya bekerjasama dengan pemandu teksi yang telah menjalani latihan servis.

Menurut Valerie lagi, keselamatan penumpang juga dititikberatkan dengan pemeriksaan teksi serta perlindungan insurans. Aplikasi PICKnGO juga akan dilengkapi dengan butang SOS demi keselamatan penumpang.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi PICKnGO untuk platform Android dan IOS secara percuma.

 

Previous post

Sebabnya BMW X5 M Dan BMW X6 M Bertukar Black

Next post

China’s SAIC Akan Bina Kereta MG Di India

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *