Berita Auto

Hyundai Ioniq Terima Anugerah Green Good Design 2017

Hyundai Ioniq adalah contoh terbaik untuk menunjukkan bahawa kenderaan cekap bahan api tidak semestinya mempunyai reka bentuk yang membosankan. Di Amerika Syarikat, Ioniq telah menerima anugerah Green Good Design 2017 daripada Chicago Athenaeum: Museum of Architecture and Design dan European Centre for Architecture Art Design and Urban Studies.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Anugerah tersebut meraikan contoh-contoh reka bentuk mampan terbaik selain memberikan kesedaran tentang hasil rekaan syarikat-syarikat yang memberi kesan positif terhadap alam sekitar.

“Hyundai Motor komited untuk memajukan masa depan pemanduan mesra alam dan Ioniq hanyalah permulaan,” kata Chris Chapman, ketua pereka Hyundai Design Center.

Ioniq merupakan kenderaan eco pertama di dunia yang menawarkan tiga jenis rangkaian kuasa dengan satu platform iaitu hibrid, hibrid plug-in serta elektrik.

Previous post

INFINITI dan Pirelli Mengumumkan Perkongsian 'Projek Black S' di GP Kanada

Next post

Maxus G10 SE Dilancarkan - RM153,412

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *