Berita Auto

Maxus G10 SE Dilancarkan – RM153,412

Weststar Maxus Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan Weststar Maxus di Malaysia, telah melancarkan Maxus G10 SE (Special Edition) yang hadir dengan pelbagai ciri yang dipertingkatkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti varian G10 yang lain, G10 SE merupakan MPV dengan kapasiti sehingga 10 penumpang. Ia berukuran 5,168 mm panjang, 1,980 mm lebar, 1,928 mm tinggi, dengan jarak roda sepanjang 3,210 mm.

Maxus G10 SE Launch 17

Dari aspek penampilan, G10 SE memakai kit badan penuh lengkap dengan spoiler belakang dan rim aluminium 18 inci. Ia didatangkan dengan lampu HID automatik dengan ciri adaptif, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, pintu automatik pada kedua-dua belah sisi, ‘sunroof’ elektrik di bahagian depan dan bumbung kaca panorama berkembar di bahagian belakang.

Maxus G10 SE Launch 04

Kelengkapan di bahagian kabin pula merangkumi ciri-ciri seperti butang penghidup enjin, stereng pelbagai fungsi, cermin pandang belakang anti-silau, pemandangan sekeliling 360 darjah, Cruise Control, sensor parkir hadapan dan belakang, serta sistem pendingin hawa dwi zon. Ia mempunyai kemasan kulit dwi tona.

Maxus G10 SE Launch 06

Bagi sistem hiburan, G10 SE dilengkapi dengan paparan sentuh 15 inci pada bahagian papan pemukaa, skrin LED 10.1 inci di bahagian siling, enam pembesar suara, serta sistem sambungan telefon pintar Car-Link HDMI.

Maxus G10 SE Launch 08

G10 SE dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder GDI yang menghasilkan 225 hp dan 345 Nm tork. Ia dikatakan setanding dengan enjin NA 3.0 liter, namun menggunakan 30% kurang bahan api.

Maxus G10 SE Launch 10

Dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan jenama ZF, MPV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 10.2 saat, dengan kelajuan maksimum 190 km/j. Penggunaan bahan api dikatakan berada pada tahap 10.3 liter bagi setiap 100 km.

Maxus G10 SE Launch 07

Aspek keselamatan pula merangkumi sistem kestablian elektronik Bosch ESP9.1 , ABS dengan EBD, serta beg udara pemandu dan penumpang hadapan. G10 SE mempunyai kerangka yang menggunakan teknologi kimpalan berganda yang memberikan 50% lebih ketegaran.

Maxus G10 SE Launch 11

Maxus G10 SE boleh didapati dengan tiga pilihan warna iaitu Obsidian Black, Blanc White dan Aurora Silver. Ia dijual pada harga RM153,412 dengan jaminan selama tiga tahun.

Previous post

Hyundai Ioniq Terima Anugerah Green Good Design 2017

Next post

Kempen Pemeriksaan 20-Mata Percuma oleh Proton Sempena Aidilfitri Kembali Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *