Motosikal / Lain Lain Roda

Sky Team Ace 125 Cafe Racer Dilancarkan – RM7,366

Sky Team, sebuah pengeluar motosikal yang berpangkalan di Hong Kong, telah melancarkan ‘cafe racer’ Ace 125 di Malaysia. Model tersebut menampilkan rekaan retro yang tersendiri, dengan harga yang berpatutan yang pastinya akan menarik perhatian pembeli.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ace 125 dikuasakan oleh enjin sejukan udara 125 cc, silinder tunggal yang bertugas menyalurkan kuasa sebanyak 11 hp ke roda belakang melalui transmisi lima kelajuan. Menurut risalah produk, motosikal itu mencatat tahap penggunaan bahan api sebanyak 2.1 liter setiap 100 km atau 4.76 km setiap liter. Dengan tangki minyak sebesar 9.2 liter, Ace 125 secara teori boleh bergerak lebih daripada 400 km dengan satu tangki penuh.

Sky Team Ace 125

Dengan ukuran panjang 1,910 mm, lebar 680 mm dan tinggi 990 mm, serta jarak roda sepanjang 1,255 mm, Ace 125 boleh dikatakan agak kecil. Ia juga mempunyai berat (kering) hanya 87 kg.

Sky Team Ace 125

Ace 125 dilengkapi dengan fork teleskopik di bahagian hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Ia juga mempunyai brek cakera hadapan dan brek dram di belakang, dengan roda jejari bersaiz 18 inci.

Sky Team Ace 125

Dijual dalam warna Ace Silver, Matte Grey dan Racer Blue, motosikal Ace 125 boleh menjadi milik anda dari hanya RM7,366 (harga atas jalan termasuk insurans dan cukai). Sky Team menawarkan pilihan tempat duduk tunggal secara percuma bagi 110 unit pertama yang terjual. Syarikat itu setakat ini mempunyai 153 pengedar di seluruh negara.

Sky Team Ace 125

Sky Team Ace 125

Sky Team Ace 125

Sky Team Ace 125

Sky Team Ace 125

 

 

 

 

 

Previous post

Sudahkah BMW 'matikan' 6-Series Coupe? Atau Ianya Dalam Persaraan ... Macam Sebelum Ini?

Next post

Hyundai Kona Crossover Terserempak Di Perhentian Bas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *