Berita Auto

Jeep Grand Cherokee Trackhawk Buru Pesaing Dengan 707HP

707 hp mungkin kendengaran normal apabila berbicara tentang supercar, namun untuk sebuah SUV seperti Jeep Grand Cherokee Trackhawk yang baru sahaja didedahkan ini, ia sesuatu yang luar biasa.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bakal diperkenalkan di New York Auto Show, Grand Cherokee Trackhawk pada asasnya merupakan sebuah kenderaan Hellcat dengan enjin sama yang terdapat pada model Dodge Charger dan Challenger SRT Hellcat.

jp018-051gcblhh8kh9js6056vqhnuppntqes-1

SUV berkuasa ini didatangkan dengan enjin supercaj 6.2-liter V8 yang menghasilkan 875 Nm tork, jauh lebih tinggi berbanding Grand Cherokee SRT yang mempunyai 470 hp dan 630 Nm. Ini membolehkan Trackhawk memecut dari 0 – 96 km/j dalam 3.5 saat, dengan rekod pecutan suku batu 11.6 saat. Kelajuan maksimum pula dihadkan pada 289 km/j.

???????????????????????????????????

Transmisi automatik lapan kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke keempat-empat roda melalui Limited-slip Differential (LSD) yang dipasang di gandar belakang. Unit transmisi tersebut juga dilengkapi dengan ‘transfer box’ kelajuan tunggal yang telah dipertingkatkan bagi menangani jumlah kuasa yang lebih tinggi.

jp018-001gc68mia6hej2847itcrtt78n2hg3-1

Pembahagian kuasa bergantung kepada mod pemanduan. Ia dibahagikan secara 40/60 depan dan belakang dalam mod automatik, 30/70 dalam mod Track dan 50/50 dalam mod Snow. Bahagian suspensi juga telah diberi penambahbaikan, di mana penyerap hentak adaptif Bilstein digunakan bagi mengurangkan ketinggian kenderaan sebanyak 10 inci.

???????????????????????????????????

Grand Cherokee Trackhawk boleh dimiliki sama ada dengan tayar Pirelli Scorpion atau P Zero dengan rim bersaiz 20 inci. Terselindung di sebalik rodanya merupakan sistem brek terbesar pernah digunakan Jeep, iaitu 15.75 inci di depan dan 13.73 inci di belakang, seterusnya dipadankan dengan angkup Brembo.

 

Previous post

Podium dan Lap Terpantas Untuk Phoenix Racing Asia di Blancpain GT Series Asia

Next post

QX80 Monograph Tunjuk Keupayaan Infiniti Menghasilkan SUV Mewah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *