Cerita Auto

QX80 Monograph Tunjuk Keupayaan Infiniti Menghasilkan SUV Mewah

Infiniti telah mendedahkan QX80 Monograph, sebuah SUV konsep yang bakal ditayangkan di New York Auto Show pada minggu ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Direka di studio rekaan Infiniti di Atsugi, Jepun, QX80 Monograph menunjukkan bagaimana rekaan model QX80 sebelum ini yang kurang digemari ramai boleh berkembang menjadi sebuah SUV futuristik mewah yang mencuri perhatian. Konsep terbaru itu menggabungkan kemewahan dengan utiliti dan penggunaan ruang yang efisyen.

Seperti yang tertera, QX80 Monograph direka mengikut tema terbaru Infiniti dengan gril ‘double arch’ yang lebih tinggi dan lebar serta lampu hadapan yang lebih tajam. Rekaan tiang D di belakang juga diubah dengan sudut lebih agresif.

“QX80 Monograf menunjukkan konsep kemewahan dan gaya kami di jalan raya, dan juga merupakan satu penerokaan bagaimana kami boleh meningkatan tawaran Infiniti dalam segmen SUV mewah pada masa hadapan,” kata presiden Infiniti Motor, Roland Krueger.

 

Previous post

Jeep Grand Cherokee Trackhawk Buru Pesaing Dengan 707HP

Next post

Toyo Perkenal 3 Tayar Baharu Untuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *