Gaya Hidup

Toyo Perkenal 3 Tayar Baharu Untuk Pasaran Malaysia

Toyo Tire Sales dan Marketing Malaysia (TSM) baru-baru ini memperkenalkan 3 tayar baharu – Proxes CF2, CF2 SUV dan Proxes STIII di Toyo Centre Seminar  yang dihadiri oleh pemilik Toyo Premium Auto Centres dan Toyo Auto Centres yang diadakan di Hotel Equatorial Pulau Pinang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mr Kanji Kasai, pengerusi Toyo Tire Sales dan Marketing Malaysia,berkata tayar baharu ini akan memberi pengguna jalan raya Malaysia pilihan model yang lebih luas yang menggabungkan teknologi terkini termasuk Nano Balance Technology dan T-Mode.

 

 

The Proxes CF2 buatan Jepun, telah dicipta untuk mengambil kesempatan penuh bahan-bahan terkini, struktur dan reka bentuk corak bunga untuk menjamin tahap keselesaan yang tinggi, keselamatan, ketahanan dan penjimatan.

Reka bentuk corak bunga menyediakan saliran air yang lebih baik dan rintangan aquaplaning dipertingkatkan  dengan Wider Main Grooves, bunyi yang rendah yang lebih luas dan penambahbaikan pengendalian dengan reka bentuk Shoulder Rib Block baharu, rintangan rolling lebih rendah, ketahanan dan prestasi brek basah  atau kering yang sangat baik melalui Optimal Pattern Stiffness dan prestasi pengendalian dan kehausan tayar yang lebih baik dengan Even Contact Pressure Distribution.

Tayar ini boleh didapati dalam 13 saiz yang terdiri daripada 16 “- 18” diameter rim.

Proxes CF2 SUV adalah untuk Crossover 4X4s and Compact SUV.

Tayar buatan Jepun ini disediakan dalam 5 saiz dengan diameter rim dari 17”- 19”.

Proxes STIII adalah tayar sport bandar premium untuk SUV, CUVs dan 4x4s. Ia mempunyai corak bunga satu arah dan reka bentuk sisi dengan imej yang agresif dan sporty. Ia menyediakan brek basah yang lebih baik.

Tayar ini boleh didapati dalam 9 saiz yang terdiri daripada diameter rim 16 “- 22”.

 

 

 

Previous post

QX80 Monograph Tunjuk Keupayaan Infiniti Menghasilkan SUV Mewah

Next post

Ford Ranger Akan Mula Dijual Di China

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *