Gaya Hidup

Jaguar F-Type Adakan Model Tahap Kemasukan Berenjin 296 bhp

Jaguar Land Rover akan menyediakan enjin serba baharu di bawah bonet kereta sport Jaguar F-Type  2018  yang disemak semula. Enjin 2.0 liter turbocharged empat silinder Ingenium 296bhp.

Enjin berkuasa petrol Ingenium ini boleh didapati dalam sedan padat Jaguar XE dan pelbagai Land Rover seperti Discovery Sport dan Range Rover Evoque.  F-Type 2.0 liter 2018  datang dengan hanya satu pilihan transmisis – ZF 8-kelajuan automatik. Tiada kotak gear manual atau pilihan all-wheel-drive boleh didapati dalam empat silinder F-Type.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

F-Type adalah kereta sport terkini yang menawarkan empat silinder. Tahun lepas, Porsche memperkenalkan versi empat silinder dengan Boxster dan Cayman, dan Ford dan Chevrolet telah menambah turbo kepada Mustang dan Camaro.

 

Dengan 148 hp se liter, enjin 2.0 liter F-Type merupakan salah satu daripada kuasa yang paling padat dalam industri. Ia juga menandakan kali pertama sejak sebelum Perang Dunia II  Jaguar telah memasang enjin empat silinder di dalam kereta sport mereka. Semua F-Type mendapatkan beberapa peningkatan penambahbaikan untuk 2018, termasuk gaya segar, lampu baru, fascia depan baru, cat baru dan pilihan roda. Baharu, tempat duduk langsing meningkatkan ruang dalaman, dan trim krom telah ditambahkan di dalam.

 

Previous post

Dapatkan Beg Membeli-belah Kitar Semula Anda Dari BHPetrol Sekarang!

Next post

MINI Countryman Serba Baharu Masuk Pasaran Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *