Cerita Auto

Festival Toyota Gazoo Racing dan Perlumbaan Vios Challenge Dilancarkan di Malaysia

UMW Toyota Motor hari ini melancarkan kejohanan Toyota Vios Challenge, acara tumpuan di festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) yang akan diadakan tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelancaran perlumbaan tersebut juga menandakan ketibaan TGR di Malaysia setelah berjaya menempa namanya di arena sukan permotoran antarabangsa, terutamanya Kejohanan Rali Dunia (WRC) di mana ia mengecapi kejayaan pertama di Sweden.

????????

Kejohanan Vios Challenge menyaksikan penglibatan seramai 30 pelumba termasuk lapan selebriti tempatan yang akan mengemudi jentera lumba Vios di empat litar jalanan bertempat di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor. Acara pertama dijanga berlangsung Ogos nanti dan tamat pada suku pertama 2018.

????????

Individu dan pasukan yang membeli jentera Vios Challenge yang dijual pada harga RM90,000 akan menerima pakej yang merangkumi kit badan TRD, sistem ekzos TRD, suspensi TRD, pad brek, bar pendakap, sangkar keselamatan, tayar Toyo dan rim Enkei RPF-1.

????????

Pengurusan perlumbaan serta modifikasi bagi perlumbaan ini akan dilakukan oleh Wing Hin Motorsports di bawah kendalian TRD Japan. Peraturan, pemandu dan pengerusan perlumbaan semuanya tertakluk di bawah peraturan FIA dan dilakukan dengan penilaian AAM.

????????

Semua pelumba baru, termasuk selebriti yang akan terlibat, perlu lulus sesi pembelajaran yang akan diadakan pada bulan Mei nanti dengan kehadiran pelatih serta jurutera perlumbaan dari TRD Japan.

 

????????

 

 

Previous post

Sanggup Bayar RM169,888.00 Untuk Kia Stinger?

Next post

Naza Coverage Terima Anugerah daripada Persatuan Takaful Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *