Berita Auto

Naza Coverage Terima Anugerah daripada Persatuan Takaful Malaysia

Naza Coverage, anak syarikat Kumpulan Syarikat Naza World yang menawarkan pelbagai perkhidmatan insurans, telah mendapat tempat ketiga bagi anugerah Ejen Korporat Terbaik daripada Persatuan Takaful Malaysia (MTA).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis anugerah Takaful StarNite 2017 diadakan di pusat konvensyen Sime Darby pada 24 Mac lalu. Ia dihadiri oleh kesemua 15 ahli MTA, agensi takaful korporat dan individual, bank-bank serta Timbalan Gabenor Bank Negara, Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour sebagai tetamu kehormat.

Naza Coverage mendapat kedudukan ketiga berdasarkan jumlah pengeluaran takafulnya pada 2016 dengan nisbah tuntutan yang baik.

Ia mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam pelbagai perkhidmatan insurans yang disokong oleh rakan-rakan kongsi bereputasi. Antaranya termasuklah insurans kenderaan persendirian komprehensif, serta insurans bukan motor seperti insurans kebakaran, pemilikan rumah, insurans kemalangan individu dan berkumpulan, insurans liabiliti awam, skim pampasan pekerja, serta insurans hospital dan pembedahan.

Selain itu, Naza Coverage turut menyediakan bantuan tuntutan dan polisi insurans yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.

 

Previous post

Festival Toyota Gazoo Racing dan Perlumbaan Vios Challenge Dilancarkan di Malaysia

Next post

Jualan SUV Renault Amat Baik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *