Cerita Auto

Pusat 3S Mitsubishi Dibuka di Bayan Lepas

EON Auto Mart, ahli kumpulan DRB-HICOM Berhad, dan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini dengan rasminya melancarkan pembukaan pusat 3S Mitsubishi di Bayan Lepas. Ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi para pemilik kenderaan Mitsubishi di sekitar Bayan Lepas dan juga seluruh Pulau Pinang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Mula beroperasi sejak Disember 2016, pusat 3S Bayan Lepas ini merupakan penempatan semula pusat 3S Mitsubishi yang dahulunya terletak di Bukit Mertajam. Ia erletak secara strategik di Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas dan hanya 20 minit perjalanan dari Georgetown.

Dibangunkan di tapak seluas kira-kira 1,199 meter persegi, pusat Mitsubishi 3S Bayan Lepas ini mempunyai enam ruang penyelenggaraan, satu ruang pembersihan dan juga ruang resepsi. Di samping itu, ia juga mempunyai ruang pameran yang mampu mempamerkan sehingga lima kenderaan, dan juga kawasan istirehat pelanggan yang dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi dan minuman ringan untuk keselesaan para pelanggan.

Dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan diagnostik dan Set Peralatan Khas (SST) yang diluluskan oleh MMM, pusat ini dikendalikan oleh 20 tenaga kerja pasca jualan, servis, juruteknik dan perunding terlatih serta berpengalaman bagi menyediakan penjagaan yang terbaik untuk kenderaan Mitsubishi, termasuk perkhidmatan am dan pembaikan utama.

(2-2)Mitsubishi Opening

Pembukaan rasmi pusat 3S ini telah dilancarkan oleh Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia dan Rohimie Shafie, Ketua Pengedaran Automotif, DRB-HICOM Berhad.

Rohimie menekankan kepentingan kepuasan para pelanggan dan percaya para pelanggan harus dan layak menerima kualiti servis yang baik sepanjang memiliki kenderaan Mitsubishi.

Beliau turut berkata, “EON Auto Mart telah melabur sebanyak RM600 ribu untuk pusat 3S berkenaan bagi peralatan yang diluluskan oleh Mitsubishi Motors Malaysia, dan usaha-usaha menyokong aspek jualan, perkhidmatan selepas jualan serta latihan tenaga kerja. Ini merupakan komitmen kami dalam menyediakan kualiti servis yang terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan.”

(1-1)Mitsubishi Opening

Bilik pameran dan jualan pusat 3S Mitsubishi Bayan Lepas ini beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.30 pagi hingga 5.45 petang. Sementara pada Sabtu, Ahad dan cuti umum, pusat ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Pusat pasca jualan pula hanya beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang, dan tutup pada Ahad dan cuti umum. Ia turut menyediakan pengangkutan ulang-alik untuk para pelanggan Mitsubishi yang berada dalam lingkungan radius 5 km daripada pusat ini.

Previous post

Cub Prix Perkenal Penalti Salah Laku di Litar

Next post

Anda Boleh Membina Virtual McLaren 720S Sendiri Online

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *