Motosikal / Lain Lain Roda

Cub Prix Perkenal Penalti Salah Laku di Litar

Melihat kepada persaingan yang semakin sengit dikalangan pelumba, satu bentuk hukuman penalti ke atas kesalahan salah laku pelumba ketika di litar mula diperkenalkan oleh promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi meningkatkan mutu dan semangat kesukanan dikalangan pelumba bermula saingan musim 2017 ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Hukuman ke atas pelumba ini akan ditentukan melibatkan tiga pihak berkaitan iaitu Clerk-of-the-Course (CoC), Pegawai Keselamatan dan wakil promoter. Jumlah mata penalti akan ditentukan bergantung kepada tahap kesalahan dari jumlah minimum satu mata penalti sehingga jumlah maksimum 10 mata penalti. Jenis hukuman pula akan ditentukan mengikut kiraan mata terkumpul yang sah selama 365 hari bermula dari tarikh pelumba dikenakan penalti serta digunapakai dalam kesemua kategori perlumbaan.

Pelumba yang telah mengumpul empat mata penalti secara automatik akan menerima hukuman bermula dari petak belakang pada perlumbaan berikutnya manakala lima mata kejuaraan pula akan ditolak bagi pelumba yang telah mengumpul tujuh mata penalti. Bagi pelumba yang telah mengumpul 10 mata maksimum akan menerima hukuman tidak dibenarkan beraksi pada pusingan berikutnya.

“Pengenalan penalti atas kesalahan kelakuan pelumba ini sangat tepat pada masanya. Kejuaraan Cub Prix Malaysia telah berkembang sehingga ke hari ini sebagai pentas utama untuk membangunkan dan mengenalpasti bakat sukan permotoran di Malaysia. Kadangka tingkahlaku pelumba sedikit keterlaluan ketika sedang bersaing sengit untuk mengejar kemenangan. Melalui penalti ini, kami harap dapat memupuk sikap lebih berdisiplin dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dikalangan pelumba, ” jelas Abdul Halim Zahid, Pegawai Keselamatan Cub Prix yang juga merupakan juara kategori Novis 1996.

Previous post

Bekas Ketua BMW Design Sekarang Berkerja Untuk INFINITI

Next post

Pusat 3S Mitsubishi Dibuka di Bayan Lepas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *