Cerita Auto

Honda City Facelift Terima 2,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Honda Malaysia mengumumkan yang ia telah mencapai sasaran tempahan sebulan sebanyak 2,000 unit bagi City baharu dalam tempoh hanya 10 hari dari tarikh pelancarannya iaitu 2 Mac 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

City baharu merupakan model kedua yang dilancarkan oleh Honda Malaysia tahun ini selepas BR-V. Ia meneruskan momentum syarikat tersebut dalam usahanya untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000 unit bagi tahun ini. Klik di sini untuk membaca lebih lanjut tentang sedan segmen B tersebut.

Varian V merupakan varian paling popular dengan 44 peratus tempahan, diikuti dengan varian E dengan 38 peratus. Varian S yang menggantikan varian S+ sebelum ini pula mencatat tempahan sebanyak 18 peratus. Warna yang menjadi pilihan ramai adalah Lunar Silver Metallic.

Honda City

Honda Malaysia memberi jaminan bahawa syarikat itu sedang berusaha bagi memastikan pelanggan menerima kereta tepat pada masa dan setakat ini, stok masih boleh memenuhi kadar permintaan.

Honda Malaysia juga sedang menjalankan dua kempen bagi menghargai pelanggannya. Kempen “Best Time to Get Best Protection” menawarkan filem cermin Ecotint RayBarrier Splendour pada harga RM850 termasuk jaminan selama lima tahun. Ia terbuka kepada semua pelanggan lama atau baru Honda dari sekarang hingga 29 Mac 2017.

Honda City

Selain itu, terdapat juga peraduan “Digital Treasure Hunt Wall” yang terbuka kepada rakyat Malaysia dari 16 hingga 22 Mac 2017. Mereka yang berminat untuk menyertai hanya perlu ke mana-mana 88 pusat pengedar sah Honda di seluruh negara, ambil swafoto bersama jawapan kepada soalan yang akan disiarkan di laman Facebook Honda Malaysia, dan muat naik gambar tersebut ke laman Facebook yang sama.

 

Previous post

Ferrari Sambut Ulangtahun ke-70 Dengan 125 S dan LaFerrari Aperta

Next post

9000 Tempahan Untuk Crossover 7 Kerusi Honda BR-V Berharga RM85,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *