Cerita Auto

9000 Tempahan Untuk Crossover 7 Kerusi Honda BR-V Berharga RM85,000

Kebanyakan pemandu pengangkut 7 tempat duduk akan berpuas hati dengan reka bentuk kotak roti yang besar, namun rakyat Malaysia dan kebanyakan negara-negara ASEAN telah berpeluang merasai tawaran terbaru Honda.

Ianya sudah menjadi jualan terbaik di semua negara dimana ianya dilancarkan, malah BR-V juga penjual terbaik di Malaysia dengan angka tempahan kini 9,000 unit pada masa kita menulis ulasan ini.

Apakah yang kita fikirkan tentang BR-V versi Malaysia  selepas memandunya semalaman ke Pulau Pinang?

Ia adalah cukup baik untuk  berulang-alik di sekitar bandar dan melalui  jalan-jalan lama yang berliku dengan pengendalian yang baik dan stereng yang ringan.

Tunggangan BR-V ini juga lancar dan ia melicinkan jalan raya yang tidak sempurna walaupun banyak bonggol di setiap pekan yang di lalui.

Yang terbaik ialah pengendaliannya yang selamat dan tidak disangka-sangka lincah.

Jelas sekali pembeli kenderaan 7 tempat duduk tidak mencari hiburan pemanduan Honda Civic tetapi pengendalian BR-V adalah lebih daripada cukup untuk kenderaan tujuh tempat duduk.

Keluar masuk adalah mudah dengan pembukaan pintunya yang luas terutama pintu belakang yang lebih panjang. Di dalam, segak  dan bergaya. Trim hitam mengaris dalaman kabin dan tidak ada apa-apa yangboleh disalahkan.

Pemandu dan penumpang hadapan duduk di kerusi yang berbentuk dan anda akan segera berasa selesa melainkan anda mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Keselesaan ini terasa disepanjang perjalanan panjang kami ke Pulau Pinang dengan bahagian atas belakang  dan sokongan bahu yang baik untuk kami yang agak tinggi, tetapi tidaklah setinggi seorang pemain bola keranjang.

Penumpang bahagian kedua di belakang juga mempunyai banyak ruang di sekeliling kepala dan kaki mereka dengan penyandar yang boleh dibaringkan untuk menawarkan keselesaan berehat serta meningkatkan tahap keselesaan. Barisan kerusi tengah boleh muat 3 penumpang dengan selesa duduk sebelah-menyebelah.

Dibahagian  belakang, penumpang 6 dan 7 mempunyai tempat duduk individu dengan bolong penghawa dingin yang baik dan boleh menampung orang dewasa tetapi ianya benar-benar terbaik untuk anak-anak muda. Kerusi barisan kedua juga boleh dilipat untuk kargo tambahan.

Jika anda sedang mencari kenderaan tujuh tempat duduk dan tidak mahu MPV kotak macam roti dan walaupun anda tidak mencari atau memerlukan kenderaan 7 kerusi, Honda ini adalah pembelian yang kukuh yang cukup menyenangkan untuk dijadikan komuter pejabat harian dan sebuah kenderaan gaya hidup hujung minggu untuk basikal anda, peralatan menyelam atau untuk geng jejak makan anda di bandar-bandar kecil Malaysia.

Beli dan pandu BR-V ini dengan ketenangan hati kerana ianya datnag dengan jaminan yang boleh beralih milik selama 5 tahun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Spesifikasi HONDA BR-V 1.5L Crossover 

Enjin 4-silinder, 16 injap, SOHC i-VTEC

Anjakan 1497cc

Transmission Continuous Variable Transmission (CVT)

Kuasa Max 120Ps @ 6600rpm

Tork Max 145Nm @ 4600rpm

Harga RM85,800.00 (E-Grade) & RM92,800.00 (V Gred)

 

Previous post

Honda City Facelift Terima 2,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Next post

Mercedes-Benz Lancar A-Class Edisi Urban Hunting Activity

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *