Cerita Auto

Ferrari Sambut Ulangtahun ke-70 Dengan 125 S dan LaFerrari Aperta

Pada 12 Mac 1947, Enzo Ferrari menghidupkan enjin 125 S, kereta pertama yang menggunakan namanya. Sesi pandu uji kereta tersebut di sekitar Maranello menjadi tanda bermulanya sejarah moden Ferrari dan kilangnya yang sederhana berkembang dengan pesat sehingga menjadi ikon negara itu. Hari ini, Ferrari secara rasminya melancarkan sambutan ulangtahun ke-70 jenama itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi mengingati peristiwa bersejarah itu, Ferrari telah mengeluarkan satu video khas yang menunjukkan lakonan semula babak 125 S dipandu keluar dari kawasan kilang Ferrari pada 70 tahun lalu.

125 S, Ferrari pertama

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Kereta pertama yang menampilkan logo kuda “Cavallino Rampante” ini dikuasakan oleh enjin 12 silinder yang direka oleh Gioacchino Colombo dengan bantuan Giuseppe Busso dan Luigi Bazzi.

Dua bulan selepas enjinnya berjaya dihidupkan iaitu pada 11 Mei 1947, 125 S membuat penampilan sulungnya di litar Piacenza dengan Franco Cortese sebagai pemandu. Namun, masalah pam bahan api memaksa Cortese keluar dari perlumbaan walaupun berada pada kedudukan pertama.

Kegagalan tersebut tidak kekal lama apabila Cortese berjaya menjuarai Rome Grand Prix dengan catatan 40 pusingan, jarak keseluruhan 137 km dan kelajuan purata 88.5 km/j. Ia merupakan kemenangan pertama dari enam kemenangan yang dicapai oleh 125 S pada tahun itu.

LaFerrari Aperta, ikon ulangtahun ke-70

LaFerrari-Aperta--620x350

Selain daripada 125 S, Ferrari juga menyambut ulangtahunnya dengan model LaFerrari Aperta, yang jugakan merupakan LaFerrari versi tanpa bumbung. Model edisi terhad ini ditawarkan khas untuk pelanggan-pelanggan setia jenama itu.

Supercar terbaru dari Maranello ini mempunyai rangkaian kuasa yang sama seperti LaFerrari coupe iaitu enjin 6.2 V12 yang digabungkan dengan motor elektrik 120 kW, menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 949 hp.

Ulangtahun “Driven by Emotion”

170310-Cor-Ingresso

Sebagai sebahagian daripada konsep “Driven by Emotion” yang merupakan salah satu asas jenamanya, Ferrari akan mengadakan sambutan ulangtahunnya di lebih 60 negara sepanjang tahun ini, bermula dengan Australasia pada minggu ini dan berakhir di Maranello pada 9 dan 10 September. LaFerrari Aperta akan membuat kemunculannya di setiap lokasi.

Berikut adalah beberapa peristiwa menarik dalam sejarah Ferrari:

1947 – Ferrari ditubuhkan
1950 – Ferrari buat kemunculan pertama di F1
1958 – Mike Hawthron dinobat juara dunia F1 dengan Ferrari 246 F1
1962 – 250 GTO ditayang
1964 – John Surtees menjadi juara dunia F1 dengan jentera 158 F1
1967 – Tiga buah Ferrari – dua 330 P4 and satu 412 P – menamatkan perlumbaan 24 Hours of Daytona dalam kedudukan 1-2-3
1968 – 365 GTB4 (Daytone) ditayang di Paris Motor Show
1969 – Fiat menjadi pemegang saham Ferrari
1972 – Litar Fiorano dibuka
1975 – Niki Lauda bergelar juara dunia F1 dengan jentera 312 T
1981 – Gilles Villeneuve menjadi pemandu pertama memenangi perlumbaan dengan jentera F1 turbo iaitu 126 K
1984 – Ferrari Testarossa diperkenalkan di Paris Motor Show
1987 – F40 buat kemunculan pertama di Frankfurt Motor Show
1988 – 14 Ogos: Enzo Ferrari meninggal dunia pada umur 90 tahun
1993 – Kejohanan Ferrari Challenge dilancarkan
1998 – Terowong angin GES rekaan Renzo Piano dibuka
2004 – Ferrari mencatat rekod F1 dengan apabila memenangi 6 kejuraan pengeluar dan 5 kejuaraan pemandu berturut-turut
2006 – Program eksklusif XX diperkenalkan
2007 – Kimi Räikkönen dan Scuderia Ferrari dinobat juara dunia
2013 – Model hibrid pertama Ferrari, LaFerrari masuk fasa pengeluaran
2015 – Ferrari disenaraikan di bursa saham New York
2016 – LaFerrari Aperta dilancarkan di Paris Motor Show
2017 – Model terbaru Ferrari, 812 Superfast diperkenalkan di Geneva

Previous post

Mercedes-Benz Lancar A200 Urban Hunting Activity Edition

Next post

Honda City Facelift Terima 2,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *