Gaya Hidup

Minyak, Tayar, Bateri, Penyelenggaraan Meningkat … Dan Trafik Semakin Teruk

Ya, harga bahan api baru sahaja meningkat dan tidak lama lagi harga bateri kereta, tayar kereta dan juga penyelenggaraan kereta akan naik (kos kadar pertukaran dan kos pengangkutan yang lebih tinggi) dan peningkatan dalam kesesakan lalu lintas di bandar kita memburukkan lagi keadaan.

Ya, pengangkutan awam bertambah baik denagn cepat tetapi tapak kerja terbiar di sekitar bandar besar yang menyebabkan kesesakan lalu lintas hari demi hari dan banyak kawasan kerja ini kami rasa telah dilupakan oleh jurutera majlis perbandaran dan kontraktor mereka.

Tapak kerja di persimpangan jalan yang paling sibuk ini telah terbiar selama beberapa bulan dimana kerja-kerja dimulakan lebih daripada satu tahun dahulu.

Tapak kerja di atas ini pula telah terbiar selama lebih daripada 6 bulan dan terdapat banyak lagi seperti ini di sekitar kawasan ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tapak kerja yang terbiar menyebabkan kesesakan lalu lintas, sampah dari tapak kerja terbiar menusuk tayar kereta dan apabila ada kontraktor yang menampal beberapa tapak-tapak kerja ini ianya dilakukan bagaikan sia-sia saja, seolah-olah kerja yang dilakukan adalah oleh yang amatur yang meninggalkan lubang-lubang kecil dan serpihan lebih di jalan raya untuk tayar kereta kami dicincang.

Sampai bilakah ianya harus begini?

Previous post

Robert Bosch Melaporkan Keuntungan Menurun Bagi Tahun 2016

Next post

BMW 5 Series Touring 2017 Tampil Elegan Walau Berbadan Besar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *