Cerita Auto

BMW Group Malaysia Lancar 330e M Sport dan 118i M Sport

BMW Group Malaysia telah memperkembangkan barisan produk M Sport-nya dengan pelancaran dua model baharu iaitu 118i M Sport dan 330e M Sport. Kedua-dua kereta itu diperkenalkan sempena kempen CNY@BMW yang sedang berlangsung di semua pengedarnya di seluruh negara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Antara kelengkapan yang hadir bersama kedua-dua model termasuklah pakej M Aerodynamics, suspensi M Sport dan rim aloi ringan M bersaiz 18 inci, serta gril hitam berkilat dengan kemasan krom. Jalur BMW Individual berkilat dan logo M pada panel sisi melengkapkan imej sporty kedua-dua kereta tersebut.

BMW 330e M Sport (4)

Selain itu, 118i dan 330e juga didatangkan dengan butiran unit LED pada lampu depan dan lampu kabus, dan sistem Comfort Access sebagai ciri standard. Model 330e M Sport pula mengekalkan ciri tambahan seperti kamera undur dan bumbung kaca elektrik.

BMW 118i M Sport (8)

Di dalam kabin, kedua-dua model menampilkan jalur biru pada papan pemuka dan stereng M pelbagai fungsi yang dibalut kulit. Tidak ketinggalan kemasan bumbung BMW Individual berwarna hitam dan tempat duduk sports elektrik dengan fungsi memori untuk pemandu.

BMW 330e M Sport (6)

Untuk lebih keselesaan, kedua-dua ahli terbaru barisan M Sport ini turut dilengkapi dengan skrin 8.8 inci yang hadir bersama Navigation System Professional dan paparan 3D. Sementara 330e M Sport pula hadir dengan fungsi Park Assist yang membolehkan kereta diparkir sendiri.

BMW 330e M Sport (5)

Sebagai tambahan, varian baharu ini didatangkan dengan fungsi ConnectedDrive yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Intelligent Emergency Call, Teleservices, Concierge Services dan Remote Services. 330e M Sport hadir dengan eDrive Services sebagai tambahan kepada fungsi Remote Services. Ciri itu membolehkan pemandu berinteraksi dengan kenderaan dan mengawal beberapa fungsi menerusi applikasi BMW Connected pada telefon pintar.

BMW 330e M Sport (1)

BMW 118i M Sport dan 330e M Sport hadir dalam empat pilihan warna iaitu Black Sapphire, Mineral Grey, Estoril Blue dan Alpine White. 330e M Sport boleh didapati di semua pengedar BMW di seluruh negara mulai hari ini manakala 118i M Sport pula akan ditawarkan mulai Isnin, 13 Februari 2017.

BMW 118i M Sport (5)

Harga runcit (di atas jalan, tidak termasuk insurans dengan jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun, servis berjadual percuma dan program jaminan tayar BMW) ialah RM188,800 untuk 118i M Sport dan RM258,800 untuk 330e M Sport.

 

 

Previous post

Rolls-Royce Phantom VII Terakhir

Next post

Honda City Facelift Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *