Cerita Auto

Rolls-Royce Phantom VII Terakhir

Rolls-Royce telah mengeluarkan unit terakhir Phantom VII, menandakan berakhirnya siri pengeluaran model itu yang bermula sejak 2003 lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Unit yang terakhir ini ditempah khas oleh seorang pengumpul Rolls-Royce yang tidak dinamakan. Ia didatangkan dalam versi long-wheelbase dengan tema kapal layar era 1930-an, sama seperti unit pertama model Phantom I yang dilancarkan pada tahun 1925.

p90247924-highres-the-last-phantom-vii-1

Ia didatangkan dalam warna khas Velvet Blue yang dipadankan dengan garis bermotifkan kapal layar pada bahagian sisi kenderaan. Kereta itu juga dipakaikan tayar dengan gelung berwarna putih.

p90247925-highres-the-last-phantom-vii-1

Di dalam, Phantom VII khas ini menampilkan upholsteri kulit dalam warna Powder Blue dan lebih banyak motif kapal layar. Misalnya, kemasan kayu pada papan pemuka menampilkan lukisan kapal berlatarbelakangkan peta Amerika dan Eropah.

p90247922-highres-the-last-phantom-vii-1

Selain itu, itu turut menampilkan dua buah jam yang direka berdasarkan jam radio yang digunakan di atas kapal pada zaman itu. Jam-jam tersebut mempunyai bezel yang boleh dipusing mengikut 24 zon masa yang disediakan.

p90247926-highres-the-last-phantom-vii-1

Pengenalan unit terakhir Phantom VII ini bukanlah noktah kepada barisan Phantom yang telah wujud selama lebih daripada 90 tahun. Sebaliknya, ia menjadi pembuka tirai kepada Phantom VIII yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Model generasi kelapan itu akan menampilkan platform aluminium serba baharu serta tahap kemewahan yang tidak terhingga.

p90247928-highres-the-last-phantom-vii-1

Previous post

Yamaha FZ25 Dilancarkan di India

Next post

BMW Group Malaysia Lancar 330e M Sport dan 118i M Sport

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *