Berita Auto

Mitsubishi Bakal Perkenal SUV Kompak Baharu di Geneva

Geneva Motor Show yang bakal berlangsung Mac ini bakal menyaksikan kemunculan SUV kompak terbaru dari Mitsubishi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut pengeluar dari Jepun itu, model itu merupakan ahli terbaru dalam barisan crossover SUV Mitsubishi di samping ASX, Outlander dan Outlander PHEV.

Model yang diura-urakan akan dinamakan sebagai Eclipse itu akan tampil lebih sporty berbanding ASX dengan garis sisi yang menonjol, tingkap belakang curam serta jarak roda panjang dengan “overhang” belakang yang pendek. Ia juga mempunyai dapra yang lebar untuk imej seperti atlet.

Masih belum ada maklumat mengenai enjin yang akan ditawarkan namun kami menjangka lineup yang sama seperti Outlander iaitu enjin petrol 1.5 liter turbo dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau CVT, serta enjin diesel 2.2 liter dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Previous post

Pernah Dengar Tentang Nissan Qashqai? Tontoni 10 Tahun Evolusi Reka Bentuknya Disini

Next post

Mercedes-Benz G-Class Elektrik: Kereta Baru Arnold Schwarzenegger

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *