Cerita Auto

Mercedes-Benz G-Class Elektrik: Kereta Baru Arnold Schwarzenegger

Walaupun meminati kenderaan-kenderaan seperti SUV, Arnold Schwarzenegger juga menyokong industri tenaga dan kenderaan bersih yang lebih mesra alam sekitar. Baru-baru ini, gabenor California itu bekerjasama dengan Kreisel Electric dari Austria bagi menghasilkan Mercedes-Benz G-Class elektrik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model yang berasal dari G350d itu menawarkan jarak pemanduan sehingga 300 km dengan sekali caj. Tangki minyak yang terletak di bawah bonet digantikan dengan pek bateri berprestasi tinggi seberat 510 kg dengan kapasiti 80 kWh. Dengan kapasiti mengecas sehingga 150 kW, bateri tersebut boleh dicaj sehingga 80 peratus dalam masa 25 minit.

2017-01-18-kreisel-electric-mercedes-g-009-1-1

Unit transiminya pula digantikan dengan beberapa motor elektrik dengan ciri pengurangan gear. Secara keseluruhannya, G-Class EV ini menghasilkan 360 kW (482 hp) yang membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.8 saat dengan kelajuan maksimum 183 km/j.

2017-01-21-kreisel-electric-kitzbuehel-schwarzenegger-045-10-1

“Kenderaan off-road yang mengagumkan ini sebagai kereta elektrik yang bersih dan laju? Mimpi telah menjadi kenyataan!,” ujar Schwarzenegger.

2017-01-18-kreisel-electric-mercedes-g-005-1

Dalam masa terdekat, bintang Hollywood itu akan memandu uji sebuah prototaip di sekitar Los Angeles dan akan terus bekerjasama dengan Kreisel Electric bagi membangunkan kenderaan elektrik tersebut.

 

Previous post

Mitsubishi Bakal Perkenal SUV Kompak Baharu di Geneva

Next post

Hyundai IONIQ Terima Anugerah Best Small Hatch UK Car of the Year 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *