Berita Auto

Tesla Kini Di Malaysia Tapi …

Ya, kereta elektrik Tesla yang pertama telah secara rasminya tiba dan telah menemui pemilik baru di Malaysia.

tesla-model-s

Dijual melalui Greentech Malaysia,  Tesla sedan warna kelabu ini milik seorang arkitek ‘hijau’ dan dia telah membayar RM480,000.00 bebas cukai untuk sedan ‘hijau’ beliau.

tesla-model-s4

Jadi apakah kos operasi Tesla baru ini? Cukai jalan hanya RM10.00 setahun dan ada bayaran bulanan sebanyak RM1,400.00 dibayar kepada Greentech Malaysia untuk 5 tahun (60 bulan) (bersamaan RM84,000) yang memberikan pemilik pengecasan bateri percuma di semua stesen mengecas (tetapi di rumah dia perlu membayar bil TNB beliau) selama 5 tahun di semua  stesen mengecas dipasang Greentech.

tesla-model-s3

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tempoh hari, Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) menjelaskan bahawa Tesla Model S yang dibawa masuk melalui Program Khas Tesla tidak dijual oleh badan itu dan program tersebut tidak dibuka kepada orang ramai.

Greentech Malaysia merancang untuk mencari dan menjemput hanya 100 pembeli Tesla dan dengan RM1,400.00 komitmen bayaran bulanan yang ditandatangani mereka boleh menyediakan infrastruktur untuk mengekalkan pengalaman pemilikan Tesla.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Petronas pula telah berjanji untuk menyediakan stesen pengecaj percuma di semua stesen minyak Petronas utama mereka dalam tempoh 24 bulan akan datang. Stesen-stesen caj akan memberikan caj yang memadai untuk 15 minit dan caj penuh akan mengambil masa 1 jam. Dengan jarak pemanduan yang sekitar 420 kilometer, pemilik Tesla tidak harus bimbang dalam tahun-tahun permulaan dan apabila bateri mulai ‘penyaliran’ caj penuh jaraknya masih  lebih kurang 350 kilometer.

tesla-model-s1

Walau bagaimana pun, ingin dinyatakan di sini bahawa pemilikan sedan Tesla ini adalah Greentech Malaysia untuk mengekalkan status bebas cukai walaupun pemilik baru telah membayar harga belian sepenuhnya. Selepas 5 tahun pemilik baru boleh memilih untuk memindahkan hak milik kepada namanya atau menjual kepada yang lain dan kemudian membayar cukai import yang pro-rata pada masa itu.

After sales and service?  Tiada komen pada ketika ini kerana kami tidak tahu tentang mana-mana bengkel, pusat teknikal, makmal komputer atau perisian jurutera terlatih on-call 24 jam untuk pemilik Tesla di Malaysia.

Namun, ia perlu bermula suatu ketika dan lebih baik sekarang daripada esok. Selamat datang ke pemanduan hijau tulen Malaysia.

 

Artikel Terdahulu: GreenTech Malaysia Perincikan Program Khas Tesla Model S

Previous post

BMW Tayang HP4 RACE di EICMA

Next post

6 Isu-isu Yang Perlu Tahu Sebelum Membeli Tesla Baharu Atau Terpakai

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *