Motosikal

BMW Tayang HP4 RACE di EICMA

BMW Motorrad mengikuti jejak langkah Ducati yang semakin giat menggunakan gentian karbon pada produknya dengan pelancaran model HP4 Race di pertunjukan motosikal EICMA di Milan, Itali.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menggunakan superbike S1000RR sebagai model asas, HP4 Race menampilkan kerangka serta rim yang diperbuat dari gentian karbon secara penuh. Ini menjadikannya motosikal kedua yang mempunyai kerangka sedemikian selepas Ducati 1299 Superleggera.

P90242022_highRes_bmw-hp4-race-advance

Walaupun tidak menyentuh bab enjin, perkakasan serta ciri-ciri bantuan elektronik, HP4 Race dijangka mempunyai lebih kuasa serta komponen-komponen khas untuk kegunaan di litar.

P90242020_highRes_bmw-hp4-race-advance

“Kami akan mendedahkan lebih lanjut mengenai model ini pada musim bunga akan datang,” kata Stephen Schaller, Presiden BMW Motorrad.

P90242024_highRes_bmw-hp4-race-advance

BMW Motorrad juga mengesahkan yang HP4 Race akan dihasilkan melalui buatan tangan dan akan dipasarkan bermula separuh kedua 2017.

 

Previous post

F4/SEA Sedia Untuk Hujung Minggu Penuh Aksi

Next post

Tesla Kini Di Malaysia Tapi ...

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *