Gaya Hidup

Kenyataan Akhbar Oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr. Zahari Husin

Perodua Sales Sdn Bhd memandang serius mengenai dakwaan terdapat stereng terkunci pada Perodua Axia yang terpapar di halaman sosial media baru-baru ini.

Kami ingin memaklumkan kepada semua pelanggan Perodua bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali dan pihak kami bersama beberapa agensi berkaitan telah membuat siasatan menyeluruh ke atas dakwaan tersebut.

Kami kesal dengan tindakan individu-individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwaan palsu ini yang mana telah menjejaskan jenama Perodua. Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari mereka yang terlibat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kami juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian atas pihak yang bertanggunjawab.

Perodua juga turut memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa semua kenderaan yang dijual telah melalui prosedur keselamatan yang ketat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kawalan Kualiti kami termasuk agensi berkaitan seperti SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Perodua sentiasa memastikan ciri- ciri kualiti dan keselamatan diterapkan di setiap produk dan perkhidmatan kami. Nilai-nilai ini menjadi prinsip asas kami dalam memberikan yang terbaik demi kesejahteraan pelanggan dan juga kakitangan kami

Perodua sentiasa mengalu-alukan maklum balas daripada pelanggan dan kami mempunyai pasukan khas untuk menyelesaikan apa-apa isu berkaitan produk mahupun perkhidmatan kami, jika ada.

Terima kasih.

Previous post

Sejarah Minyak Enjin Sintetik

Next post

Toyota AE86 Lagenda Drif

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *