Motosikal / Lain Lain Roda

Intermot: KTM Tayang 1290 Adventure R, S dan T

KTM mengembangkan barisan 1290 Adventure nya dengan pengenalan bukan satu atau dua, tetapi tiga model terbaru di pertunjukkan Intermot iaitu  1290 Super Adventure R, S dan T.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ketiga-tiga model ini dikuasakan oleh enjin yang sama iaitu LC8 1,013 cc V-twin yang diperkemaskinikan dengan penambahan intake baharu untuk prestasi lebih lancar. Ia menghasilkan 160 hp dan 139.6 Nm tork yang dihantar ke tayar belakang melalui kotak gear enam kelajuan.

154774_KTM 1290 Super Adventure R ri rear MY 2017

Barisan 1290 Super Adventure juga dilengkapi dengan mod tunggangan Sport, Street dan Rain, manakala mod Off-Road dikhaskan untuk model R. Selain itu, ia turut memuatkan sistem Motorcycle Stability Control (MSC), Cornering ABS dan juga Cornering Traction Control. Kuasa membrek pula datang dari Brembo.

Ciri-ciri lain yang turut disertakan adalah paparan TFT 6.5 inci, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), lampu selekoh LED, Cruise Control, pencucuhan tanpa kunci, bekas kalis air dan tempat duduk yang diperbaharui.

154781_KTM 1290 Super Adventure S 90_ left orange MY 2017

Menggantikan 1190 Adventure, 1290 Super Adventure S direka khas untuk tunggangan di jalan raya. Ia mempunyai tayar 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, suspensi elektronik dan tempat duduk boleh laras.

1290 Super Adventure R pula akan mengambil alih tugas 1190 Adventure R sebagai model off-road. Ia mempunyai rim 21 dan 18 inci, tayar Continental TKC80 serta suspensi WP yang lebih keras.

154791_KTM 1290 Super Adventure T ri front MY 2017

Akhir sekali, 1290 Super Adventure T (T untuk touring) menggantikan model 1290 Super Adventure sedia ada. Ia menggunakan komponen-komponen yang sama dengan R dan S, dengan tambahan ciri-ciri lain rim, bar perlindungan kemalangan, suspensi yang lebih panjang dan bermacam-macam lagi.

 

Previous post

Ducati SuperSport di Intermot

Next post

BMW R nineT Pure dan Racer Kembalikan Kegemilangan 1970-an

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *