Motosikal / Lain Lain Roda

BMW R nineT Pure dan Racer Kembalikan Kegemilangan 1970-an

Didorong oleh kejayaan R nineT dan R nineT Scrambler yang diterima baik sejak pelancarannya pada 2013 dan 2015, BMW Motorrad kini memperkenalkan R nineT versi Pure dan Racer pula.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kedua-dua model tersebut dikuasakan oleh enjin ‘boxer’ berkapasiti 1,170 cc  yang menghasilkan 110 hp, dan transmisi enam kelajuan. Ia dibina di atas kerangka modular yang boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Sebagai contoh, tempat duduk pembonceng boleh ditanggalkan sepenuhnya atau digantikan dengan aksesori yang ditawarkan oleh BMW.

???????????????????????????????

Selain itu, kedua-dua R nineT Pure dan Racer dilengkapi dengan rim aloi lima jejari, brek cakera hadapan berkembar 320 mm, Automatic Stability Control (ASC), tempat letak kaki aluminium, dan sistem ekzos 2-dalam-1.

???????????????????????????????

Jadi apa yang membezakan antara R nineT Pure dan R nineT Racer? Pure, yang bermaksud ‘asli’, menawarkan sebuah motosikal roadster klasik yang ringkas dan asas. Ia didatangkan dalam warna Catalano Grey bukan metalik yang dipadankan dengan suspensi dan bahagian enjin berwarna hitam.

P90232636_highRes_the-new-bmw-r-ninet-

Seperti namanya, R nineT Racer pula direka untuk menyemarakkan semula semangat motosikal berkuasa tinggi di era 1970-an. Dengan penghadang angin separuh, bar hendal pendek dan tempat meletak kaki yang ditarik ke belakang, R nineT Racer mempunyai posisi menunggang yang lebih sporty.

P90232639_highRes_the-new-bmw-r-ninet-

Untuk imej klasik, ia turut dengan dicat warna Aluminium Silver yang tampak cantik apabila dihiasi dengan warna tradisi BMW iaitu biru, biru gelap dan merah.

 

Previous post

Intermot: KTM Tayang 1290 Adventure R, S dan T

Next post

BMW Motorrad RR Experience Track Day 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *