Berita Auto

Prima Pearl Auto Buka Bilik Pameran Toyota di Bayan Lepas

Prima Pearl Auto, pengedar sah bagi UMW Toyota (UMWT), telah merasmikan bilik pameran Toyota baharu di Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi menggantikan unit sedia ada yang terletak tidak jauh dari lokasi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pembukaan bilik pameran itu dirasmikan oleh Akio Takeyama, Naib Pengerusi UMWT, Datuk Ismet Suki, Presiden UMWT, Ooi Choon Lim, Pengarah Urusan Prima Pearl Auto dan Dato’ Zainal Abidin Che Din, Pengarah Prima Pearl Auto.

1.from left_Mr Ooi Choon Lim, Managing Director of Prima Pearl Auto_ Mr. Akio Takeyama, Deputy Chairman, UMWT_ Datuk Ismet Suki, President of UMWT Datuk Zainul Abidin Che Din, Director of Prima Pearl Auto

Prima Pearl Auto sebenarnya telah menjadi pengedar sah Toyota di Penang sejak 10 tahun lalu, bermula dengan sebuah bilik pameran di Persiaran Mahsuri. Syarikat itu kemudiannya mengembangkan perniagaan dan telah berpindah ke lokasi baharu di kompleks Arena Curve. Ia juga mempunyai pusat servis pasca jualan di Sungai Ara.

3.Prima Pearl Auto

Pusat itu mempunyai ruang pameran yang moden yang mampu memuatkan empat kenderaan pada satu-satu masa dan dua ruang penyerahan. Ia adalah sebahagaian dari rangkaian 97 pusat jualan dan pasca jualan Toyota di seluruh negara, dengan 75 daripadanya menawarkan khidmat 3S.

4.Prima Pearl Auto

Bilik pameran Prima Pearl Auto terletak di 72–1-33A, Arena Curve, Jalan Mahsuri manakala pusat servisnya terletak di Lot 1099, MK 12, Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara. Untuk pertanyaan, telefon 04-6119797 (Jualan) atau 04-6425689 (Servis).

Previous post

Adakah Proton Untuk Dijual?

Next post

Honda S-Dream Streamliner Catat Rekod Bonneville Dengan Enjin 660cc

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *